Isu pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu menggemparkan negara. Dalang penyebaran sisa kimia sudah pun ditangkap dan bakal didakwa. Malah dikatakan, inilah kes kali pertama kes dibawa ke mahkamah atas tuduhan pencemaran alam sekitar.
Di bawah tuduhan Akta Alam Sekitar Sekeliling 1974, Seksyen 34 (b), yang jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 ribu dan atau 5 tahun penjara.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu bagi membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa terbabit dalam operasi itu melengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.
“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan baginda tersentuh apabila mendengar satu klip rakaman yang mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.
Dalam isu ini mendapat perhatian seluruh negara, tular satu rakaman suara sangat menyedihkan meminta rakyat Malaysia mengadakan solat hajat bagi membantu mangsa pencemaran bahan kimia yang jumlahnya semakin meningkat.
Tidak diketahui suara siapa namun nada suaranya sangat sebak hingga mengundang rasa simpati sesiapa yang mendengarnya.
Ayat-ayatnya yang cukup menyentuh perasaan dan suaranya mampu membuat sesiapa sebak mendengarnya.
Assalamualaikum wbt
Kepada sahabat-sahabat saya semua yang berada d luar Pasir Gudang, kalau sembahyang hajat, kalau sembahyang waktu, tolong sembahyangkan hajat untuk kami semua yang berada di Pasir Gudang.
Umat islam dan juga kawan-kawan yang satu sekolah, yang berada di dalam Pasir Gudang. Dalam keadaan kritikal kami semua di Pasir Gudang.
Kerana kimia makin melarat-larat. Dan banyak sekolah telah ditutup. Kanak-kanak sekolah ramai kena dah dan juga guru-guru.
Saya minta pada kawan-kawan semua tolong doakan kami semua yang ada di pasir Gudang ini. Mudah-mudahan kami semua selamat. Assalamualaikum.
Difahamkan pagi ini, sebanyak 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarahkan ditutup serta merta sehingga ke satu tarikh diberitahu kelak.
Semalam UITM Pasir Gudang juga diarahkan ditutup sehingga 17 Mac ini ekoran masalah kesihatan orang ramai di sekitar kawasan pembuangan sisa toksid semakin meruncing.
Difahamkan 900 lebih mendapatkan rawatan. 506 kini masih berada di hospital malah 9 lagi berada di Unit Rawatan Rapi.
Masa yang sama tular juga di media social seorang pelajar meninggal dunia akibat masalah pernafasan tetapi berita itu didapati palsu.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan kepada semua penduduk Pasir Gudang terutamanya yang berada berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari untuk mengelak daripada radiasi bahan kimia disebar.
“Selepas gelombang keempat ini jangan ambil mudah kita boleh terhidu, boleh resap melalui kulit dan sangat bahaya.
“Orang awam dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar berhampiran Sungai Kim Kim, mandi dan basuh pakaian berasingan.
“Walaupun pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua,” katanya.
Sumber artikel : remaja.my
Sumber Viral Di Media Sosial Satu Rakaman Suara Minta Diadakan Solat Hajat
Tags:
mazeer