Jom Bertukar Kepada RFID, Pemasangan Percuma Hanya Bulan April Sahaja!



Anda rasa susah pakai laluan Touch N Go? Apa kata anda bertukar kepada RFID. Senang sahaja jalan tak payah nak touch lagi kan. Mudah nak pergi kerja tak payah berbaris panjang.

Bagi anda yang berada di Lembah Klang, Touch ‘n Go kini menawarkan pemasangan RFID secara percuma tanpa perlu membuat temujanji dan pendaftaran awal.

Sebelum ini, jika anda ingin membuat pemasangan RFID, anda diminta untuk membuat pendaftaran dan temujanji terlebih dahulu berikutan jumlah pemasangan adalah terhad.



Pastinya dengan pemasangan ini akan memudahkan urusan pembayaran tol anda kerana anda tidak memerlukan sebarang peranti seperti SmartTag atau perlu menyentuh panel menggunakan kad TNG biasa.

Menariknya RFID ini, pelekat khas akan dilekatkan pada bahagian kereta anda dan ia akan menghubungkan dengan e-wallet TNG. Ini menunjukkan bahawa anda hanya perlu menambah nilai ke e-wallet dan ia sangat memudahkan.



Tawaran ini tersedia untuk anda di 9 lokasi sekitar Lembah Klang iaitu AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square, Empire Shopping Gallery, Sunway Velocity Mall, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tawaran ini hanya akan berlangsung pada bulan April 2019 ini sahaja. Anda juga haruslah menyediakan beberapa dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu dan geran kenderaan.

Sumber artikel : amazingnara.com

Sumber Jom Bertukar Kepada RFID, Pemasangan Percuma Hanya Bulan April Sahaja!

Post a Comment

Previous Post Next Post