Delegation of Nurses menafikan pihak mereka ada memulakan tindakan guaman sehingga ingin menuntut wang RM1 juta. Sebaliknya Linda, melalui peguamnya, telah menghantar notis tuntutan wang RM 2 juta kepada e-mel persatuan.
Malah, Delegation of Nurses menafikan ada dihubung atau dijemput oleh pihak Linda Rafar untuk mengadakan sebarang perbincangan sebelum notis tuntutan itu diterima.
Persatuan itu menambah, kes saman fitnah seorang Jururawat ke atas Linda akan mula perbicaraan sekitar Mei. Ia hanya menjadi pemudahcara bagi membantu jururawat yang dikatakan difitnah oleh Linda.
Delegation of Nurses berkata, ia tidak akan memfailkan sebarang tindakan guaman di atas nama persatuan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kesemua ahli-ahlinya yang berdaftar.
Ia juga bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat ke atas Linda melalui kenyataannya kepada Harian Metro tersebut kerana ianya didakwa berunsur fitnah.- beautifulnara.com
KENYATAAN MEDIA 30 MAC 2019
Merujuk kepada artikel Harian Metro yang disiarkan di web harian metro pada Jumaat (29 Mac 2019) dan kami mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima sesalinan notis tuntutan oleh peguamcara selebriti hanya menerusi email persatuan pada 28/03/2019. Surat tuntutan yang bersifat fizikal masih tidak diterima oleh pihak persatuan.
Pihak Persatuan ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan selebriti terbabit di dalam artikel berita tersebut adalah TIDAK BENAR di mana pihak persatuan tidak pernah berhasrat untuk memulakan sebarang tindakan guaman sehingga ingin menuntut wang RM1 juta terhadap selebriti berkenaan. Sebaliknya, selebriti tersebut yang telah menuntut wang sebanyak RM2 juta dari pihak Persatuan menerusi notis tuntutan tersebut.
Dan pihak Persatuan juga tidak pernah dihubungi atau dijemput bagi mengadakan sebarang perbincangan oleh selebriti berkenaan atau wakil-wakilnya sepanjang masa sebelum penerimaan surat notis tuntutan tersebut.
Pihak Persatuan ingin menegaskan sekali lagi, kes saman seorang Jururawat ke atas selebriti berkenaan masih berlangsung dan akan mula perbicaraan sekitar bulan Mei. Pihak Persatuan hanya menjadi pemudahcara bagi membantu jururawat yang difitnah oleh selebriti tersebut. Di ingatkan sekali lagi, kes saman jururawat tersebut bukan melibatkan kes cadar tetapi adalah kes saman fitnah.
Pihak persatuan tidak akan memfailkan sebarang tindakan guaman di atas nama persatuan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kesemua ahli-ahlinya yang berdaftar.
Pihak Persatuan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat atas tuduhan-tuduhan selebriti berkenaan dalam artikel di Harian Metro tersebut kerana ianya berunsur fitnah.
Sekian, terima kasih.
Presiden
Delegasi Jururawat Malaysia
30 Mac 2019
Educate - Promote - Protect
Sumber Kenyataan Linda Didakwa Berunsur Fitnah, Delegasi Jururawat Malaysia Bakal Buat Laporan Polis
Tags:
mazeer