Wanita ini dakwa kehilangan Acap sebenarnya tiada kaitan dengan makhluk halus tetapi...



Ada yang percaya, Acap telah disembunyikan oleh makhluk halus, tidak kurang juga yang menawarkan bantuan dari jauh untuk mengesan kedudukan Acap.

Perkara itu turut mendapat perhatian dari seorang wanita yang berpandangan bahawa kehilangan Acap tidak perlu dikaitkan dengan jin atau bunian.

TAK HABIS lagi ke kita ini dengan Jinn dan Bunian? Seolah-lah macam kita ni satu bangsa yang tidak berpendidikan. Asal hilang dalam huan je semua salahkan Jinn dan Bunian.

Acap bukan hilang disebabkan Jinn atau kena sorok bunian. Hutan bukan tempat keras atau ada bunian cun lepak tepi sungai mandi manda. Ia tempat perlindungan dan rumah bagi haiwan-haiwan liar yang Allah ciptakan. That is what forest do. A home for God made Creatures.

Orang tak biasa masuk hutan memang akan sesak. 40 percent chance mereka akan sesat sebab tak biasa denga keadaan hutan. Kadang-kadang orang biasa masuk hutan pun boleh sesak. Panik dan keletihan akan memburukkan lagi keadaan. Ramai orang yang sesat akan berhalusinasi mendakwa nampak makhluk tertentu.








Itu tidak betul, tapi hanya permainan minda bila kita rasa hopeless, ketakutan, panik, letih dan sebagainya. Bunyi burung hantu pun kita claim bunyi pontianak, padahal tak ada apa pun. Cicak pun kita nampak macam naga.


Asal orang hilang dalam hutan, semua Melayu nak claim ini hasil kerja Jinn dan Bunian? Pakai seksi nanti Jinn marah? Ya Allah, sesatnya kau punya pemahaman. Seolah-olah Jinn yang pegang hutan itu, sedangkan Allah berfirman yag semuanya di bawah kekuasaan Dia.

Mat Saleh bogel dan buat seks dalam hutan tak pernah pula hilang. Relaks je bogel-gogel dalam hutan Langkawi. Tak kena sampuk hantu laut pun?

Awek Melayu berzina di tepi sungai, lubuk tupah, Sungai Ulu Yam dan bagai, tak sesat pun? Elok je balik, minggu depan repeat lagi sampai maghrib tepi sungai dengan BF. Kau pernah dengar bohjan dengan awek rempit kena sorok hantu sebab bermaksiat kat lubuk tupah?

Kau pernah bercampur dengan cave explorer tak? Bercampur dengan mat saleh, mereka ada ilmu dalam bab-bab ini. Pantang mereka paling besar adalah 'panik'. Kalau tersesat atau menghadapi kesukaran, jangan sesekali panik. Kena kawal perasaan. You panic, you die!

Bila kau panik, kau punya judgement akan jadi impaired dan keputusan kau buat banyak jadi tak betul. Bila tak betul, kau akan membahayakan diri sendiri dengna keputusan mengarut.

Contoh, Abu sesat dalam hutan. Kemudian nampak anjing hitam yang disangka adalah jin sebab mustahil boleh jumpa anjing dalam hutang apatah lagi berwarna hitam. Jadi, dalam keadaan panik, keletihan dan ketakutan, Abu decide untuk melarikan diri dari anjing hitam itu.



Kesan kepada Abu, dia berlari lebih jauh ke dalam hutan dan ini akan menyukarkan para penyelamat untuk mencari Abu. Abu juga akan hilang kesan atau jejak hutan yang dulu dia lalui.

Yang sebenarnya berlaku, anjing tersebut adalah anjing orang asli. Jika Abu bertenang dan mengekori ke mana anjing itu pergi, Abu mungkin sampai ke perkampungan atau rumah orang asli dibawa anjing tersebut.

Kenapa Abu lari? Sebab dia panik, letih dan impaired judgement. Ketakutan akan membuatkan kita fikir yang bukan-bukan. Dalam kes sesat di hutan atau gua, selalunya mangsa akan mengalami delusi dan halusinasi.


Kes Abu itu hanya contoh sahaja. Banyak situasai dalam hutan di mana kita perlu banyak diam dan bertenang. Tak boleh kaitkan dengan Jinn atau Bunian. Ini akan memburukkan lagi keadaan.

Mat Saleh sesat berbulan di laut, tak pernah claim dia kena sorok dengan hantu air atau jin buih.

Sementara di ruangan komen, netizen tidak bersetuju dengan pandangannya dan meminta Auni Ameera berdiam diri dari mengulas mengenai misteri kehilangan Acap, kerana dia seolah-olah tidak mempercayai kewujudan benda-benda ghaib.



Sumber: Auni Ameera via thereporter.my

Sumber Wanita ini dakwa kehilangan Acap sebenarnya tiada kaitan dengan makhluk halus tetapi...

1 Comments

  1. wahhh!!! bagusnya pandai guna istilah orang putih ye.
    Tak paham2 ke, disorok jin tu adalah salah satu kemungkinan.
    1. Salah satu.
    2. Kemungkinan.
    Janganlah cuba menjadikan diri tu macam advance tapi sebenarnya terkebelakang sikit.
    PBT pun dah guna macam2 kaedah & mengatakan kes ini lain dari biasa.
    Kau biasa bergaul dengan orang putihkan. Ce kau tanya mereka, manalah tahu kalau mereka boleh cari empunya badan melalui Stargate (nampak la moden sikit kononnya). Kalau tak boleh juga, cuba tanyakan sut predator kat mana mereka simpan?.
    Masih ada lagi pemikiran spt "kena gaul dengan mat saleh" & "al quran cakap mcm ni, mcm tu, pastu tafsir ikut paleotak sndri".
    Kesian hantu, jembalang, bunian di dunia Melayu, semuanya tahyul, semuanya mundur, semuanya bohong tapi kalau hantu emily rose ke, hantu keluar dari tv ke, hantu kawin manusia ke barulah percaya, itu real!!
    Tak kelass langsung makhluk halus kat Mesia ni, maklumlah makhluk ghaib kat sini semuanya masih pakai blackberry..huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post