Kisah kemelut rumah tangga PU Abu sememangnya mendapat perhatian ramai. Sebelum ini, bekas isterinya, Ain Afini telah mendedahkan bayi dalam kandungannya tidak aktif akibat tertekan semasa proses penceraian mereka.
Terbaharu, PU Abu telah meluahkan rasa kecewa tanggapan yang mendakwa dirinya adalah punca anak dalam kandungan bekas isterinya itu terjejas.
‘Baby tak aktif bukan sebab saya’
Menerusi laporan Mstar, PU Abu menyatakan bahawa bayi dalam kandungan bekas isterinya itu tak aktif bukan disebabkan oleh dirinya.
Saya direct PM (private message) dengan Ain dan dia sebut baby tak aktif bukan disebabkan saya, sebaliknya dia stress kerana kecaman dan kritikan daripada netizen sendiri. Keluarga Ain juga memaklumkan dia perlu rehat dan tak boleh stress.
‘Baby tak aktif itu perkara biasa’
Tambahnya lagi, bayi yang tak aktif dalam kandungan adalah sesuatu perkara yang biasa dilalui oleh kebanyakan ibu hamil.
Sebenarnya insiden bayi tak bergerak itu berlaku dua hari sebelum kami naik ke mahkamah. Baby tak aktif itu perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu-ibu hamil.
Cuma apa yang berlaku bukanlah disebabkan saya ‘bantai’ dia untuk naik court. Sebaliknya kecaman netizen terhadap dia.
Disisih teman rapat
Dalam pada itu, PU Abu juga menyatakan bahawa hubungan antara keluarga telah terjejas serta disisihkan oleh teman rapat akibat daripada kontroversi rumah tangganya sebelum ini.
Kalau dah namanya manusia, mereka ada pandangan berbeza. Ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif. Saya tiada masalah dengan kawan-kawan dan saya tak salahkan mereka pun.Saya paham mereka bertindak berdasarkan apa yang mereka dengar dan nampak.
PU Abu juga menganggap apa yang berlaku adalah satu perkara yang dapat mematangkan dirinya dan akan menjadi orang yang lebih baik selepas ini.
Saya anggap segala kritikan dan kecaman yang mereka berikan sebagai nasihat untuk saya menjadi orang yang lebih baik. Dalam hidup ini saya belajar benda baru iaitu apabila membuat keputusan harus memberikan kepentingan kepada orang lain.
Maknanya sebelum saya buat apa-apa saya kena fikir family saya macam mana, kawan-kawan dan orang sekeliling macam mana.
Sebelum ini telah viral di media sosial, apabila PU Abu bertindak menceraikan isterinya yang sedang hamil 7 bulan demi mahu berkahwin bersama seorang janda anak satu. Walau bagaimanapun, mereka telah sah bercerai dengan talak dua.
Sumber: Mstar via ohbulan.com
Sumber ‘Baby Dalam Kandungan Ain Afini Tak Aktif Bukan Sebab Saya’ – PU Abu Salahkan Netizen Kerana Suka Kecam Buatkan Bekas Isteri Tertekan
Tags:
mazeer