Kalau sebelum ini ada selebriti yang memberitahu kerana lapar selepas balik dari penggambaran pada waktu malam, dia mengejutkan isterinya untuk menyediakannya makanan panas. Isterinya walaupun mengantuk bangun mendapatkan makanan panas untuknya.
Ada yang menganggap ia sesuatu yang manis kerana isteri yang sayangkan suaminya pastu akan cuba menyediakan makanan bila suami lapar, namun ada juga yang mengkritik selebriti tersebut dan menuduhnya menganggap isteri sebagai ‘hamba’ dan dia patut masak sendiri.
Terbaru, Hairul Azreen memuat naik video dirinya menggoreng nugget ayam.
Ini disusuli komen isterinya Hanis Zalikha yang bertanya mengapa Hairul tidak kejutkan dia untuk memasak buat Hairul.
Ramai yang merasakan ia sesuatu yang sweet dan memuji Hairul kerana enggan menyusahkan isterinya.
Namun begitu, ada yang mempersoalkan siapa sebenarnya mengambil video tersebut:
Ada yang hairan mengapa Hanis meninggalkan komen di Instagram sedangkan mereka tinggal bersama.
Dan ada juga yang merasakan ia tidak perlu dipuja-puja kerana Hairul sekadar menggoreng nugget.
Apapun, apabila sesuatu dimuat naik ke media sosial dan dipaparkan kepada umum, kenalah bersedia dengan reaksi Netizen, yang positif mahupun negatif. Memang kelakar reaksi Netizen, tak gitu?
Sumber: beautifulnara.com
Sumber Hairul Azreen masak sendiri walaupun dia mengelak-elak minyak panas sebab taknak kejutkan Hanis Zalikha yang sedang tidur...
Tags:
mazeer