Fynn Jamal antara penyanyi yang sering berkongsi kehidupan bersama keluarganya di media sosial. Malah, dia juga lantang mengeluarkan pendapat peribadinya terhadap sesuai perkara lebih-lebih lagi isu yang amat dekat dengan dirinya.
Terbaru, penyanyi Terbang Tunduk ini turut menjawab beberapa soalan berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Bagaimanapun, respon penyanyi ini telah mengundang Ustaz Musytaq Al-Ash’ari untuk menegur halus jawapan Fynn Jamal itu.
‘Tak pernah ada dalil tentang imsak’
Menerusi IG Story Fynn Jamal telah menjawab soalan dari pengikutnya mengenai tamatnya waktu sahur yang perlu dihentikan. Bagaimanapun, Fynn Jamal telah memberi jawapan mengenai tiada sebarang dalil yang dikeluarkan tentang imsak.
Kenyataan penyanyi ini bagaimanapun telah mendapat respon dari Musytaq terhadap waktu sahur yang perlu kita berhenti makan sekiranya sudah dengar azan subuh berkumandang.
Pandangan yang betul ialah…
PANDANGAN BATIL DAN SALAH
Kalau pandangan Ulama Wahabi, memang diorang kata, walaupun tengah azan, kalau kat tangan ada makanan/minuman boleh lagi makan/minum.
Kerana mereka mengambil zahir hadis iaitu
إِذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه
"Apabila seseorang kamu mendengar seruan azan dan bekas berada di tangan kamu, maka janganlah kamu meletaknya sehingga sempurna hajatnya daripada itu".
Fynn Jamal ni dulu buat kes dah, kata Solat Lelaki dan Wanita tidak ada beza. Solat wanita sama dengan solat Lelaki. Kalini, dia buat hal lagi.
Pandangan yg betul ialah : Bila dengar azan subuh, maka wajib dia berhenti daripada makan dan sempurnakan puasanya.
قال النووي في المجموع :
ذكرنا أن من طلع الفجر وفي فيه (فمه) طعام فليلفظه ويتم صومه , فإن ابتلعه بعد علمه بالفجر بطل صومه , وهذا لا خلاف فيه , ودليله حديث ابن عمر وعائشة رضي الله عنهم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إن بلالا يؤذن بليل، فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم) رواه البخاري ومسلم , وفي الصحيح أحاديث بمعناه.
وأما حديث أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه) وفي رواية: (وكان المؤذن يؤذن إذا بزغ الفجر) فروى الحاكم أبو عبد الله الرواية الأولى , وقال: هذا صحيح على شرط مسلم , ورواهما البيهقي، ثم قال: وهذا إن صح محمول عند عوام أهل العلم على أنه صلى الله عليه وسلم علم أنه ينادي قبل طلوع الفجر بحيث يقع شربه قبيل طلوع الفجر. قال: وقوله: (إذا بزغ) يحتمل أن يكون من كلام من دون أبي هريرة، أو يكون خبرا عن الأذان الثاني , ويكون قول النبي صلى الله عليه وسلم: (إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده) خبرا عن النداء الأول، ليكون موافقا لحديث ابن عمر وعائشة رضي الله عنهم. قال: وعلى هذا تتفق الأخبار
Kalau kita tak sempat habiskan Fatihah…
Terdapat 2 golongan dalam solat jemaah
Berkenaan isu sebelum ini iaitu tiada dalil Imsak dan boleh makan walaupun sudah azan, sudah pun sampai kepadanya dan dia sudah balas dengan mendatangkan hujah daripada Syeikh Soleh Uthaimin, dan dia jawab dengan datangkan video daripada Dr Khalid Basalamah dan Muhammad Tim Humble. Jadi tokoh yang dia datangkan ini sudah masyhur dengan fikrah mereka. Tidak perlu lagi kita sebut fikrah mereka kerana sudah maklum akan kebingungannya. Kalini, masalah dibawah.
Perlu diperincikan lagi masalah ini. Bukan sekadar “tak sempat habiskan fatehah, imam dah ruku’ then tak perlu habiskan fatehah, terus ikut imam rukuk”. Di dalam masalah solat berjemaah ini, terdapat 2 golongan iaitu Muafiq dan Masbuk.
Apakah yg dimaksudkan dengan Muafiq?
“Makmum yang sempat solat berjemaah dengan imam iaitu sempat berdiri (qiyam) bersama-sama imam dengan kadar masa pembacaan surah Al-Fatihah, iaitu dengan pembacaan yang sederhana mengikut uruf orang ramai.”
Apakah yg dimaksudkan dengan Masbuk?
“Makmum yang tidak sempat berdiri (qiyam) bersama-sama imam dengan kadar masa pembacaan surah Al-Fatihah, iaitu dengan pembacaan yang sederhana mengikut uruf orang ramai.”
Apa yang perlu dibuat sekiranya…
Apakah hukum keatas orang Muafiq? Orang muafiq ini, sekiranya dia tidak sempat untuk menghabiskan bacaan fatehahnya, maka dia dimaafkan baginya untuk meninggalkan 3 rukun besar iaitu ruku’, sujud pertama dan kedua.
Tetapi jika makmum tersebut masih tak mampu nak habiskan fatehah sedangkan imamnya sudah nak beralih ke rukun ke empat iaitu naik qiyam untuk rakaat yang seterusnya atau tahiyat akhir, maka batal solat makmum itu, kecuali makmum ada dua pilihan. Samada dia niat mufaraqah (keluar dari jemaah)
atau dia tinggalkan fatehahnya, terus ikut imam, lepas tu habis imam bagi salam, dia kena tambah satu rakaat, kerana dia tertinggal rukun fatehah.
Hukum Masbuk Pula. Makmum yang masbuk, dimaafkan keatasnya untuk meninggalkan fatehah, dan terus ruku’ bersama imam supaya dia perolehi rakaat bersama imam tersebut dengan sekurang-kurangnya tomakninah iaitu kadar tomakninah itu adalah “Subhanallah”.
Kalau tak dapat bersama imam dengan kadar tomakninah, maka dia tak dapat rakaat tersebut, dan ikut imam macam biasa, maka lepas imam bagi salam, kena tambah satu rakaat lagi. Boleh rujuk Kitab I’anah Tolibin dan Munyatil Musolli.
Ibadah solat ini jangan main-main
Kesimpulannya bukan semua keadaan kalau tak sempat habis fatehah, kita kena tinggal fatehah then ikut imam. Kita kena tahu, kita ni status apa, muafiq atau masbuk. Ibadah solat ini jangan main-main. Sebesar-besar ibadah ialah solat, rosak solat rosaklah ibadat lain.
Nasihat untuk diri saya dan antum semua, jika tidak tahu, mengaku sahaja tidak tahu, jangan memandai-mandai keluarkan hukum. Kesian dengan netizen/orang awam yang tak tahu apa-apa ini. Diorang ingat pakai purdah/serban/jubah, ustaz dah, alim dah. Maka diaorang pun i’timad pada pandangan yang dikeluarkan oleh mereka. Kesian kat masyarakat awam. Wallahu’alam.
Sumber: Musytaq Al-Ash’ari via ohbulan.com
Sumber 'Jika tidak tahu, mengaku sahaja tidak tahu, jangan memandai-mandai keluarkan hukum' - Jawapan Soalan Berkaitan Agama Meragukan, Fynn Jamal Ditegur Ustaz
Tags:
mazeer