“Saya menangis tiada siapa yang tahu, cuma tak update kat media sosial” - Hana Azraa dah kenal PU Abu sejak lima tahun lalu



ISTERI kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa mengakui ada kala dirinya tidak kuat untuk berdepan kecaman netizen sehingga menitiskan air mata.

Bagaimanapun, Hana, 25, memberitahu dia sentiasa bersangka baik dan menganggap ada hikmah disebalik dugaan tersebut.

"Saya yakin ada hikmah disebalik apa berlaku. Allah tak buat sesuatu tanpa sebab dan dia juga tak menguji hambanya melainkan dia tahu kita mampu.

"Kadang-kadang tak kuat juga. Saya menangis je cuma tak update. Bersangka baik dan berada disekelilingi orang-orang positif," katanya.

Hana turut memberitahu dia mengenali PU Abu kira-kira lima tahun lalu.



Hana yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak menjawab pelbagai persoalan pengikut di ruangan Instastory.

Sementara itu, usahawan kosmetik yang menetap di Kedah ini memberitahu dia tidak menyalahkan netizen yang mengecam dirinya.

Malah, dia turut memohon maaf jika ada komen balas ditinggalkan olehnya menggores hati mana-mana pihak.

"Mereka (netizen) tak salah, saya tak kisah pun cuma nak minta maaf pada beberapa orang yang saya ada balas secara beremosi.



"Bila nak on komen di Instagram? Nanti ya. Sebab saya tak nak buka ruang untuk kalian menfitnah, bergaduh, aib, maki dan sebagainya," ujarnya.

Nama Hana mula dikaitkan dalam kontroversi rumah tangga PU Abu apabila bekas isteri pendakwah bebas itu iaitu Ain Afini mendedahkan telah diceraikan ketika sarat mengandung tujuh bulan.

Ain turut memberitahu punca perceraian itu disebabkan orang ketiga iaitu seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Akibat pendedahan tersebut, netizen turut mengecam Hana yang dikatakan menjadi punca pasangan ini bercerai sehingga ada yang menggelarnya perampas.

Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.


Sumber artikel : mStar Online


Sumber “Saya menangis tiada siapa yang tahu, cuma tak update kat media sosial” - Hana Azraa dah kenal PU Abu sejak lima tahun lalu

Post a Comment

Previous Post Next Post