Bagi yang mengikuti laman Instagram milik Instafamous Aisyah Atiqah, pasti ramai yang mengetahui hubungan mesranya dengan teman lelaki, Nur Hakimy Asyraf atau kini diperkenalkannya sebagai suami.
Mereka sering berkongsi video dan foto mesra bersama di media sosial. Namun, sejak beberapa minggu lalu, netizen mula mempersoalkan status pernikahan mereka yang dikatakan tidak sahih.
Instafamous buat hal
Menerusi satu thread di Twitter, seorang pemilik akaun dikenali sebagai Zara telah membongkar perangai sebenar Aisyah Atiqah.
Perkongsian daripada Zara juga telah disokong oleh seorang individu yang dikenali sebagai Aidil.
Menerusi status daripada Aidil, dia kelihatan agak rapat dengan ibu Aisyah kerana mereka pernah berkomunikasi melalui panggilan telefon.
Lari dari rumah
Menurut Aidil, Aisyah bukan sahaja kurang ajar dengan ibunya, malah bertindak menipu pengikut Instagramnya dengan mengatakan bahawa Nur Hakimy adalah suaminya.
Menurut ibu gadis itu lagi, sebenarnya mereka belum berkahwin dan gadis popular tersebut telah lari daripada rumah keluarga.
Betul ke Aisyah dan Hakimy tinggal serumah?
Gadis yang baru berusia 20 tahun itu kerap kali memuat naik gambar dan video mesranya bersama seorang lelaki yang didakwa suaminya.
Namun, menerusi kenyataan daripada ibu Instafamous itu, dia dikatakan belum bernikah dan telah bersekedudukan dengan teman lelakinya.
Apa nak jadi…
Menerusi thread tersebut, pelayar Twitter telah mula meninggalkan komen dengan mengecam tindakan yang diambil oleh gadis itu.
Rata-rata berasa berang kerana Instafamous tersebut membelakangkan keluarga dan memilih untuk bersama teman lelakinya.
Ambil tindakan segera
Tak kesian dekat mak ke?
Tu la, bila masa dia kahwin?
Artikel dari kulihatlangitbiru
Sumber Tinggal serumah dengan lelaki? ibu dakwa Instafamous cantik ini sebenarnya belum berkahwin?
Tags:
mazeer