Kuala Terengganu catat bacaan IPU tidak sihat


KUALA LUMPUR – Kuala Terengganu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 9 pagi tadi, berikutan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia, dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung.

Berdasarkan bacaan terkini IPU dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Kuala Terengganu mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 112.

Peta taburan IPU dalam laman web itu pula memaparkan sebanyak 66 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana.

gambar hiasan

Bagaimanapun, Tawau mencatatkan bacaan IPU baik, iaitu 31.

Semalam, Klang, Selangor, dan Rompin, Pahang, mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 110 dan 103, namun kedua-dua kawasan terbabit mencatatkan bacaan sederhana pada pagi ini.

gambar hiasan


Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbaahaya).

Sumber Kuala Terengganu catat bacaan IPU tidak sihat

Post a Comment

Previous Post Next Post