Niat Hantar Pesanan Untuk Berkenalan Di IG Akhirnya Berakhir Ke Jinjang Pelamin..



Indahnya, perkenalan di media sosial yang mengambil masa tidak lama akhirnya berakhir hingga ke jinjang pelamin. Siapa sangka Ahmad Afiq memberanikan diri menghantar text di Ig untuk berkenalan bersama Nor Farah Izzati akhirnya membuahkan hasil.

AKAD NIKAH
1. Bilakah tarikh anda berdua berjumpa dan berkenalan? Nyatakan detik perkenalan anda berdua?

Kami kenal pada tahun 2017. 25 June 2017 Afiq first text di IG, terus terang nak berkenalan dgn Farah. Rupa2 nya dia dah follow farah lama di IG since 2014, cuma Farah tak sedar. Time tu bulan puasa dan selepas seminggu kenal dia ajak berbuka puasa. Second date kitorang pergi solat terawih together. Ecewah.

2. Berapa lamakah tempoh perkenalan sebelum anda berdua setuju untuk bertunang / nikah?
1 tahun

3. Bilakah tarikh anda berdua mengikat tali pertunangan?
28/7/2018. Bertunang selama 3 bulan lebih sahaja.

4. Bagaimanakah lamaran dibuat? Terangkan momen tersebut



Hahaha takde lah lamaran macam dalam movie tu. Cuma selepas 6 bulan kenal, Afiq bagitahu niat nak bawa Farah jumpa Ma & keluarga dia. Rupa rupanya dia dah perhati kita since 2014. Menyorok lama sangat nii 🙈 Awal awal kenal boleh kata boring juga dia or maybe sebenarnya dia malu malu kucing.

I am on the other side, the chatty and straightforward girl. I have never thought that he will be my husband, until one day he told me “I nak bawa you jumpa my mum” (hmm I guess he was just kidding 😆) and after a while dia ajak beli cincin terus. His never-ending efforts to make me his wife, together with supportive family, we finally decided to get married last November. Jadi, from situ saya anggap hubungan ni serious dan kami usaha untuk ke next level. Alhamdulillah

5. Perasaan anda (perempuan) ketika lamaran dibuat oleh lelaki?
Excited. Happy. Sedih. Tak sangka jodoh dah sampai juga akhirnya. Terus teringat dekat arwah babah saya, tak sempat dia nak nikahkan dan tengok menantu dia sorang ni. Jadi, masa nikah, wali saya ialah adik lelaki saya. Moment nikah paling sedih..

6. Apakah keistimewaan pasangan di mata anda?
Walk the talk. Best advisor. Bertanggungjawab. Seorang yang organize. Romantic & sweet juga.

7. Ada tak sebarang simbolik di sebalik pemilihan tarikh nikah atau tarikh resepsi anda?
Tiada, ambil sebab cuti sekolah je. Tok dan nenek Afiq banyak di Terengganu. Jadi kami dua keluarga bersepakat ambil time cuti sekolah. Masa majlis resepsi, satu bas datang dari Terengganu untk dua dua majlis.

8. Ada tak anda berdepan dengan cabaran sebelum atau ketika majlis perkahwinan berlangsung?
Ada.. malu nak cakap tapi saya panic, dengan masa yg sangat suntuk, tak tahu dapat tak jenis lace yang saya mahukan. Panic teruk, rasa nervous all the time. Jalan2 cari lace dekat semua kedai kain di Jalan Tar, Jakel, semua tak berkenan. Afiq lah yang rajin teman kemana2. Bridezilla moment sgt, mama dan Afiq banyak bersabar hehe.

Sempat book last minute flight ticket ke Jakarta, finally jumpa lace yang suka di sana. Baju nikah saya dari Teh Firdaus, lace baju nikah ni lah yg saya beli di Jakarta. Teh Firdaus very accommodating dan sangat membantu, walaupun I forever panic dia layan je.

9. Ceritakan tentang tema kedua-dua majlis anda? Kenapa anda memilih tema dan warna tersebut?


Alhamdulillah dalam pemilihan tema, keluarga beri keputusan penuh kepada kami.

10. Apakah harapan dan impian anda dengan perkahwinan ini?
Harapan saya, semoga perkahwinan ini yang terbaik dan menjadikan kami muslim dan muslimah yg lebih baik, lebih bertanggungjawab. Saya harap kami sayang menyayangi antara satu sama lain sampai lah ke nafas terakhir kami. Doakan perkahwinan dan kebahagian kami kekal sehingga ke syurga Amin..

11. Di manakah lokasi percutian bulan madu dan mengapa destinasi tersebut menjadi pilihan anda berdua?
Belum ada honeymoon lagi. Tapi InsyaAllah bulan 3 ni kami berdua akan menunaikan umrah untuk pertama kali. Boleh di kira honeymoon ke tu? Haha

Sumber: Pesona Pengantin

Sumber Niat Hantar Pesanan Untuk Berkenalan Di IG Akhirnya Berakhir Ke Jinjang Pelamin..

Post a Comment

Previous Post Next Post