KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan pada 1 September tahun lalu dengan melakukan penambahbaikan jika perlu daripada mengubah sistem percukaian tersebut.
Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat adalah lebih baik untuk kerajaan mengekalkan sistem itu dengan memperbaiki serta membuat penyesuaian yang perlu dan bukan mempertimbangkan untuk mengubahnya lagi.
"Perubahan akan menjadi masalah seperti yang dilihat dalam tempoh enam bulan selepas SST diperkenalkan,” katanya semasa sesi soal-jawab pada Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA 2019 di sini hari ini.
Ketika menjawab soalan sama ada sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu diperkenalkan semula, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata sistem tersebut adalah lebih cekap dan telus.
“Tetapi semua orang perlu membayar termasuk golongan berpendapatan rendah dan ia tidak adil kepada mereka,” katanya.
GST yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada kadar enam peratus pada 1 April 2015 telah dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 1 Jun 2018.
Sumber: Bernama
Sumber: Bernama
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget