Jika Kami Mungkir Janji, Tolaklah Kami Melalui Proses Demokrasi – Tun M


Berikut merupakan KATA PENGANTAR Tun Dr Mahathir dalam Buku Harapan, manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Buku ini mengandungi janji-janji kami PAKATAN HARAPAN kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan.

Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.

Saya mewakili seluruh anggota Pakatan Harapan dengan rendah diri dan tawakkal kepada Allah Ta’ala menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini.

Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat.

Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini.


Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.

Manifesto ini komprehensif dan meliputi setiap perkara yg penting bagi rakyat terbanyak, terutamanya golongan yang memerlukan.

Sepanjang masa kami bersedia ditegur dan mendengar pendapat rakyat.

Dalam menyediakan manifesto ini, kami telah berunding dengan banyak pihak dari pelbagai lapisan masyarakat.

Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan idea yang bernas dan berharga.

Inilah manifesto yang mencerminkan harapan rakyat, yang ditulis berdasarkan cadangan dan suara rakyat, setelah kami mendengar keluh kesah rakyat.

Sesungguhnya negara tercinta ini berada dalam keadaan cemas kerana kesalahan-kesalahan Kerajaan
sekarang. Kita tidak boleh harap Kerajaan ini akan betulkan kesalahannya sendiri. Yang boleh betulkannya ialah Kerajaan baru yang berwibawa dan membuat janji- janji yang munasabah dalam manifestonya.

Perubahan Kerajaan boleh betulkan kesalahan Kerajaan sekarang, tetapi pengekalan Kerajaan sekarang akan merosakkan lagi negara. Pemilihan berada di tangan rakyat.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Putrajaya
8 Mac 2018

Sumber: Buletin TTKM


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post