Kenapa Perlu Tepuk Belakang Bayi Sehingga Sendawa Selepas Diberi Susu?


Kalau tengok, mesti ramai ibu bapa yang akan menepuk-nepuk belakang bayi sesudah menyusu, tidak lama selepas itu bayi akan mula untuk sendawa.

Dah Sendawakan Baby Dah Sayang?

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawakan baby ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan baby dulu sebelum tidurkan dia. Baby kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau.

Banyak je kes baby masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.


Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita.

Jangan pulak baby menangis lepas menyusu kita ingat baby nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi baby tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh baby kita sendiri.

Bila perlu sendawa bayi? Ikuti langkah-langkah ini

Mungkin, ibu sudah tahu cara untuk sendawa kan bayi tapi bila perlu sendawakan bayi? Sendawa bayi boleh dilakukan dengan kedua-dua cara ini iaitu semasa atau selepas menyusu.

Ada sesetangah bayi mudah untuk sendawa dan ada juga yang sukar. Malah sendawa ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Walaubagaimanapun, sendawa bayi perlu dilakukan bila-bila masa terutama jika anda melihat bayi tak selesa.

Segera sendawakannya mengikut panduan ini:
  1. Sendawakan bayi ketika menukar payudara. 
  2. Apabila bayi sudah minum susu setengah botol. 
  3. Berikan semasa 15 ke 20 minit semasa menyusu 
  4. Bayi mengerang semasa menyusu. Hentikan sekejap dan sendawakan dulu. 
  5. Lakukan sendawa berulang kali. 
  6. Sekiranya bayi gelisah di malam hari, kemungkinan dia tak selesa di bahagian perut. Tolong sendawakan dia! 


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post