Langit Sungai Petani Bertukar Hitam Pekat Walau Masih Siang, Penduduk Kongsi Rasa Cemas


Pada jam 5.30 petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di utara termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa negeri di selatan semenanjung tanah air.


Berikutan itu, seorang pengguna Facebook, Mohd Ashwan yang dipercayai tinggal di kawasan terlibat telah berkongsi gambar keadaan langit yang gelap didakwa di Sungai Petani.


“Gelap nyaa langit harini.. Baru 15 minit tangkap.. Lokasi jalan keluar Tesco, belok kanan menghala ke U-turn nak ke Makbul,” katanya.


Ramai penduduk setempat turut berkongsi gamabr-gambar dan video keadaan semasa di sana.





Gelapnya, takut



Mintak jauhlah benda-benda tak elok



Moga Allah lindungi dari bahaya dan permudahkan urusan



Sementara itu, seorang pengguna turut berkongsi doa ketika angin kencang.


Bagi penduduk di kawasan terlibat, anda diingatkan agar berhati-hati dan mengelakkan aktiviti di luar rumah ketika berlaku ribut petir demi keselamatan anda.



sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post