Murid Tadika Dakwa Guru "Stapler" Telinga Sampai Berdarah..


POLIS menahan guru tadika di di Kuching, semalam, selepas didakwa mencederakan kanak-kanak lelaki menggunakan ‘stapler.’

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Ghani berkata, wanita berusia 26 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi.

Penahanan wanita itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada pengadu pada 9.44 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.


Kecederaan di telinga kiri mangsa disedari pengadu ketika mengambil anaknya berusia empat tahun dari tadika berkenaan, 11.30 pagi, Khamis lalu.

“Mangsa apabila ditanya memberitahu pengadu bahawa kecederaan itu dilakukan oleh seorang guru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awang Din turut memaklumkan kes itu kini masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Siasatan itu termasuk mengenal pasti adakah benar guru wanita itu mencederakan mangsa dan adakah luka di telinga kiri mangsa akibat disepit dengan stapler,” katanya.

Sumber: Harian Metro


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post