Gadis Temui Ajal Ketika Tidur Dalam Kereta Semasa Tunggu Ibu Bapa Balik Dari Masjid


Seorang gadis Nadiah Sapaian ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan parkir di Pantai Morib awal pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 24 tahun ditemui orang ramai dalam kereta jenis Hyundai Matrix.


Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mahu pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Endah, Banting tetapi tiada orang dan berkunci.


Sambil menunggu ibu bapannya selesai solat di masjid, mangsa terbaring di tempat duduk pemandu dalam keadaan enjin dan penghawa dingin kereta masih hidup.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan perkara itu malah tiada unsur jenayah dikesan kerana barang peribadi, termasuk beg tangan serta telefon bimbit didapati tidak hilang.

Menurut Azizan, mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah pada badan mangsa.


Sumber : BH Online , Facebook via https://ift.tt/2FBm52p


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post