Jangan Guna 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal Dan Katil Korang Kalau Nak Elak Tidur Dengan Pepijat


Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug. Pepijat membuatkan katil anda jadi tak selesa dan boleh menggangu tidur anda. Kalau yang jenis penggeli, sekali dia nampak memang dia tak akan tidur lagi di katil tu.

Namun, korang tahu tak pepijat ini sebenarnya memilih untuk ‘berumah’ di katil, selimut atau bantal yang dia suka. Bukan sebab masalah kebersihan sahaja.

Menurut kajian terbaru oleh Journal of Medical Entomology, pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal, selimut dan sebagainya yang bewarna MERAH DAN HITAM. Kajian yang sama turut menjelaskan yang pepijat tidak gemar untuk menyelinap di bawah fabrik yang bewarna hijau, kuning dan putih.

Para pengkaji yang membuat kajian telah melakukan eksperimen untuk membuktikan teori mereka. Mereka telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna. Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu ini diletakkan pinggan kecil di mana para pengkaji telah meletakkan pepijat di tengah-tengah pinggan dan tunggu selama 10 minit-untuk melihat khemah warna apa pepijat ini akan pilih sebagai tempat persembunyian!

Hasilnya? Terbukti khemah kecil bewarna merah menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain. Khemah bewarna hitam juga tidak kurang hebatnya. Pengkaji turut menjelaskan terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi seperti jantina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang digunapakai dalam kajian mereka memilih untuk bersembunyi di khemah bewarna merah dan hitam.

Penulis jurnal tersebut, Corraine McNeill berkata, “Dulu, kami ingat pepijat akan duduk di tempat yang bewarna merah kerana ia menyamai warna darah yang menjadi sumber makanan mereka. Tetapi, kami silap. Mereka suka warna merah kerana ia hampir menyamai warna badan mereka dan mereka mahu berada di samping ‘kawan-kawan’ yang lain.


Oh, nak hisap darah manusia ajak kawan-kawan ya? How nice!

Okay, sekarang anda sudah tahu apa warna yang pepijat suka. Cepat pergi tukar hiasan dalam bilik tidur anda yang bewarna merah dan hitam itu!Kos rawat pepijat agak mahal.Bukan semua orang mampu dapatkan perkhidmatan dari syarikat pest control profesional untuk hapuskan masalah pepijat dari rumahnya. Kos rawat pepijat untuk rumah yang kena serang bergantung pada jenis rawatan yang digunakan.

Kalau guna bahan kimia beracun untuk bunuh pepijat, kosnya adalah dalam lingkungan RM350 ke RM450. Bergantung kepada tahap masalah kat rumah yang diserang.

Kalau guna cara terbaik dan berkesan menggunakan Wap Haba untuk membunuh pepijat, kosnya adalah dalam lingkungan RM650 ke RM750 untuk dua kali rawatan wap haba.

Tapi kalau rumah dah teruk diserang pepijat sampai naik ke dinding rumah, tak payah nak panggil mana-mana syarikat pest control pro atau tidak pro. Biasanya rumah sebegitu keadaannya adalah seperti tongkang pecah baru kena landa ribut. Kotor dan berterabur tidak ada ciri-ciri orang yang sukakan kebersihan dan pengurusan rumah yang baik.

Adalah lebih baik bersihkan rumah terlebih dahulu, kemas supaya nampak tersusun dan bersih. Buang segala barang dan peralatan dan perabut yang tidak digunakan. Bila dah buat kesemua itu, baru panggil syarikat pest control. Rumah orang pengotor memang layak jadi sarang pepijat.

9 Cara Hapus Pepijat Tanpa Guna Racun

Memandangkan kos rawatan pepijat agak tinggi, maka sudah tentu bagi yang kurang kemampuan perlu buat sendiri aktiviti menghapuskan pepijat.

Tambahan pula kos sara hidup sekarang amat mencabar. Dengan GST, dengan harga barang naik tak turun-turun. Dengan harga petrol yang tak tentu hala sekarang dan berbagai masalah lagi, duit jadi semakin kecil nilainya. Sedangkan gaji ditahap yang sama dah bertahun tahun, menambahkan lagi cabaran kos sara hidup.

Jadi anda perlu belajar buat sendiri semampu mungkin apa saja yang boleh menjimatkan kos keluarkan duit.Dalam bab kawalan pepijat ini, saya berikan panduan berguna bagaimana nak hapuskan pepijat dari rumah anda tanpa perlu menggunakan racun.

#1. Buat pemeriksaan dan periksa lagi

Ini perkara asas dalam apa saja aktiviti kawalan serangga yang memberikan masalah pada anda di rumah. Nak tahu macam mana cara nak buat pemeriksaan pepijat, sila pergi baca artikel ini. Pastikan anda sediakan lampu suluh yang terang untuk periksa kewujudan pepijat.

Kalau anda mata jenis rabun, elok sediakan juga kanta pembesar. Sebab pepijat dan terutamanya telur pepijat tu agak kecil untuk mata kasar biasa anda.

Aktiviti periksa pepijat elok buat dengan terperinci. Buat banyak kali tak apa kalau memang dah tahu rumah ada maslaah pepijat. Ini diperlukan untuk ketahui semua lokasi di mana adanya pusat pembiakan pepijat di rumah anda.

#2. Kutip dan buang satu persatu

Ini cara asas paling mudah. Sebaik saja jumpa pepijat tu, terus kutip dan masukkan dalam beg plastik. Kalau nak lepaskan geram, boleh terus penyet sampai mampus pepijat tu. Kalau ada perasaan geli dan tak suka dengan baunya yang semerbak busuk, gunakan kertas atau plastik bergam. Boleh juga guna selotape.

Macam mana kalau ada banyak sangat ?

Mudah saja, pasang vakum dan terus sedut masuk ke dalam pencuci vakum. Biar dia berkumpul dalam vakum itu dan kemudian boleh bunuh pepijat secara beramai-ramai (berekor-ekor) sekali gus. Nak bagi puas lagi tuang air panas menggelegak.

#3. Kumpul dan basuh dengan air panas

Ambil kesemua bahan kain atau apa saja yang boleh dibasuh kat katil dan sekitar katil serta perabut, masukkan ke dalam mesin pembasuh dan basuh kesemuanya dengan air panas melebihi 70 darjah celcius. Bukan saja pepijat dewasa, anak pepijat sekali dengan telur pepijat akan mampus dengan air panas.

#4. Bekukan jika tak boleh basuh

Macam mana pulak jika benda yang tidak boleh dibasuh ?

Jangan risau, ada lagi cara lain. Kumpulkan kesemua benda yang tidak boleh dibasuh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Mungkin anda perlukan peti sejuk yang besar jika banyak sangat barang. Tahap sejuk yang membeku juga boleh bunuh pepijat.

#5. Cuci vakum dengan teliti

Gunakan penyedut sampah vakum yang kuat. Vakum kesemua tempat di katil dan perabut anda. Sedut dengan kuat di kesemua celahan dan retakan yang ada. Jika boleh buka perabut, buka satu persatu dan vakum mana saja celahan yang ada.

Selepas dah selesai vakum, segera bawa keluar dari rumah kandungan vakum tersebut. Buka dan buang di luar rumah. Macam saya katakan tadi, elok juga curahkan dengan air panas kandungan yang ada pepijat di dalamnya tadi. Biar semuanya mampus tak hidup lagi.

Aktiviti vakum ini perlu dibuat sekerap mungkin. Kalau boleh buat setiap hari sampai puas hati kesemua pepijat berserta dengan telurnya dan disedut masuk ke dalam beg vakum anda tu.

#6. Boleh cuba guna pati minyak wangi

Pati minyak wangi seperti pati minyak pokok teh, pati minyak pokok cedar atau pati minyak orange boleh membunuh pepijat jika mereka tersentuh dengannya. Campur dengan air dan masukkan ke dalam alat penyembur dan boleh spray merata tempat yang ada pepijat.

#7. Gunakan DE (Diatomaceous Earth)

Dapatkan DE ini dari kedai atau boleh beli secara online melalui link pada button yang saya letakkan kat bawah ini.

Bila dah beli serbuk DE itu, anda boleh mula taburkan di tempat-tempat yang ada pepijat. Ingat ! saya dah pesan suruh periksa kat mana ada pepijat tadi pada langkah pertama kat atas. Jadi taburkan serbuk itu di semua tempat tersebut.

Amaran ! sila pakai dusk mask atau penutup hidung dan mulut ketika tabur serbuk tadi.

Bila dah selesai tabur biarkan kat situ. Nanti malam sebelum nak tidur, sila vakum habis licin kesemua bahan yang telah ditabur tadi baru boleh guna tempat tidur tersebut.Atau kalau malas, Jangan tidur lagi kat situ. Nati bila rajin dah vakum baru tidur semula kat tempat tersebut.

#8. Kosongkan bahan tak guna sekitar katil

Pepijat lagi suka kalau tempat anda berselerak. Jadi kalau tak mahu pepijat bersuka ria, sila kemaskan kesemua barang yang berterabur kat sekitar bilik tidur. Lagi lapang lagi bagus. Lagi kurang kewujudan pepijat.

Kumpulkan kesemua benda tak berguna atau tidak digunakan itu dan buang terus supaya bilik tidur anda lapang macam bilik tidur hotel.

#9. Cegah sebelum parah

Ini paling penting sekali. Elok buat benda ni dahulu supaya tak pening kepala nanti. Macam ayat tadi, cegah sebelum parah. Elakkan terus kewujudan pepijat atau kurangkan ke tahap yang paling minimum.Beli pembalut tilam anti pepijat dan balut kesemua tilam anda. Tekan link kat bawah kalau nak beli

Kat mana saja ada rekahan dan celahan, isikan dan tampalkan supaya pepijat tak boleh jadikan pot mereka kat situ.Beli beg bugs trap, atau dalam Bahasa Melayunya perangkap pepijat. Pasangkan pada kesemua kaki dan perabut kat rumah anda. Tekan link kat bawah kalau nak beli

Selamat mencuba ! memang ler susah kalau nak buat sendiri.


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post