Menurut Kajian, Lelaki Pandai Memasak Lebih Setia Dan Seksi


Secara logiknya, memasak adalah sesuatu yang selalu dikaitkan dengan wanita. Wanita selalu dipuji dengan bakat memasak.

Tapi pada zaman kini, kebanyakan chef-chef di restoran dipenuhi dari kalangan lelaki berbanding kaum wanita.

Mengikut kajian pakar, lelaki yang mempunyai kemahiran memasak dan pandai dalam hal-hal masakkan adalah lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita di samping itu mereka pasti kelihatan sangat setia dan seksi di mata setiap wanita.

Sebab-sebab lelaki yang pandai memasak menjadi pilihan utama dan kelihatan seksi di pandangan mata setiap wanita.

Lebih berjaya dan sangat kreatif


Kemahiran memasak amat memerlukan kreativiti. Haruslah pandai merancang makanan dan mengubah suaian bahan makanan. Andai seorang lelaki itu pandai dalam memasak, dia adalah lelaki yang tergolong salah seorang yang berjaya dan kreatif.

Mempunyai perwatakkan yang menarik

Menurut kajian pakar, kaum wanita lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai kemahiran memasak yang hebat. Malah mereka juga amat suka kepada ciri-ciri lelaki yang lebih suka menyediakan kopi untuknya sendiri berbanding lelaki yang hanya tahu minum kopi hasil dari buatan orang lain.

Lebih berdikari dan mandiri

Wanita masa kini lebih cenderung dengan lelaki yang pandai membuat segala kerja rumah. Kebanyakan wanita sekarang sangat mementingkan kerjaya. Oleh itu, mereka amat memerlukan lelaki yang pandai memasak semasa ketiadaan mereka di rumah.

Lebih memahami dan lemah lembut

Lelaki yang pandai memasak ini, bagi wanita mereka mempunyai ciri-ciri yang sensitif dan juga lemah lembut. Mereka secara semula jadi akan tahu apa yang pasangan mereka perlukan tanpa perlu ditanya. Lelaki seperti ini adalah lelaki yang lebih setia dan penyayang.

Bukan bermakna wanita malas untuk melakukan kerja rumah seperti rutin yang telah sedia ada. Kadang kala wanita juga memerlukan lelaki yang pandai menguruskan rumah tangga tanpa bergantung sepenuhnya pada kaum wanita sahaja. Bagi zaman moden sekarang, ramai wanita yang mempunyai kerjaya dan mereka pelu fokus dalam kerjaya yang mereka minati. Wanita sekarang bukannya seperti wanita dulu-dulu yang 24 jam di dapur.

Sumber: Hanasuva.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post