Menurut Kajian, Suka Buat Kerja Rumah Boleh Kekalkan Otak Sentiasa Muda


Tahukah anda, satu kajian menemukan kaitan antara aktiviti ringan seperti melakukan kerja rumah boleh mengekalkan otak yang muda.

Siapa yang suka buat kerja rumah ini sememangnya perkhabaran gembira untuk anda. Bukan sahaja tubuh sihat, tetapi kajianjuga  mendedahkan melakukan kerja rumah boleh mengekalkan otak yang muda.

Lebih menarik, tidak perlukan masa yang lama untuk melakukan kerja rumah. 


Penemuan ini menyatakan aktiviti ringan juga bermanfaat untuk kesihatan walaupun sekadar satu atau dua minit.

Menurut Dr Nicole Spartarno, pengkaji dari Boston Universiti, hasil kajian mereka tidak merendahkan aktiviti fizikal yang sederhana atau berat.


“Kami hanya menambah penemuan sains, aktiviti fizikal intensiti ringan juga penting, terutamanya untuk perkembangan otak,” katanya.

Apa lagi, lepas ni boleh la suami-suami semua turut sama membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post