11 November adalah tarikh khas untuk meraikan orang-orang yang single atau tidak mempunyai pasangan di China.
Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie, Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di China yang tidak mempunyai kekasih. Tarikh 11/11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.
Pada mulanya, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita. Beberapa universiti tempatan di China juga turut mempunyai sambutan khas untuk meraikan tarikh 11/11 ini.
Namun berbeza pula dengan sambutan di negara Korea. Tarikh 11/11 ini dikenali sebagai Pepero Day dimana mereka akan bertukar-tukar stik Pepero yang dihiasi dengan patung beruang atau bunga, dengan harapan mereka akan tinggi dan kurus seperti angka 1.
Di Belgium, 11/11 adalah untuk memperingati Perang Dunia I, dan Indonesia pula adalah Hari Belanja Online Nasional.
Hari Pendidikan Nasional adalah peringatan tahunan di India untuk memperingati ulang tahun kelahiran Maulana Abul Kalam Azad, Menteri Pendidikan pertama India yang berkhidmat dari 15 Ogos 1947 hingga 2 Februari 1958. Hari Pendidikan Nasional India disambut pada 11 November setiap tahun.
Sumber : Intheblack via Siakapkeli.my
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget