Tiada Lagi ‘Aki’ Bercerita, Pemilik Suara Watak Animasi Pada Zaman Dahulu Meninggal Dunia


Pasti ramai yang pernah menonton siri animasi bertajuk Pada Zaman Dahulu bukan? Siri ini mengisahkan Aris dan Ara, kanak-kanak dari bandar yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan.

Ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah turut diminati peminat di luar negara.

Namun, hari ini penerbit siri animasi tersebut, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, memaklumkan bahawa peminjam suara bagi watak ‘Aki’ iaitu Dato Alias Mohd Lazan telah kembali ke rahmatullah, awal pagi tadi.

Tiada lagi suara ‘Aki’

Berita menyedihkan itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi pihak produksi berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi, arwah turut meminjamkan suara bagi watak ‘Pak Mail’ dalam filem animasi GENG: Pengembaraan Bermula, tetapi suaranya lebih dikenali sebagai watak ‘Aki’ dalam siri animasi Pada Zaman Dahulu.



Sudah semestinya, kehilangan Dato Alias cukup dirasai oleh pihak produksi Les’ Copaque dan juga peminat siri animasi tersebut.

Sementara itu, netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa selain mengharapkan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.




Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post