Bermula Januari 2020, Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj SST Sebanyak 6%


FACEBOOK mengumumkan mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus bermula tahun depan.

Berdasarkan notis pengebilan cukai yang dimuat naik oleh Facebook menyatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini.

Cukai yang bakal dilaksanakan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020, sejajar dengan pengenalan cukai digital yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.


Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi Facebook atau tujuan perniagaan atau peribadi.

Pembayaran cukai kepada Facebook dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

Contohnya, jika pengguna dikenakan caj sebanyak USD100 baru-baru ini kerana anda sudah mencapai ambang pengebilan untuk jumlah berkenaan.

Sub jumlah bagi caj berkenaan ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan maka jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post