Gelombang Kedua Banjir Mula Landa Kelantan


Jajahan Jeli telah mula dinaiki air sejak lewat malam tadi menandakan banjir gelombang kedua kini telah tiba di negeri kelantan .

Setakat jam 7.45 tadi, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Jeli telah dibuka menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada peringkat pertama sebanyak 103 keluarga yang melibatkan 441 orang mangsa telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Keli 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas.

Manakala lima lagi PPS yang dibuka ialah Dewan Kesedar dan Awam Pasti Sungai Satan, SK Kalai, Dewan Kesedar Pasti Bukit Lakota, Masjid Gemang dan SK Legeh namun ianya masih belum menerima mangsa.


Kesemua mangsa terdiri daripada 263 orang dewasa, 52 warga emas, 154 kanak-kanak, 24 bayi dan lapan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut publicinfobanjir.water.gov.my paras air Golok di Jenob telah melepasi paras bahaya iaitu 25.3 meter dan menunjukkan trend meningkat.

Manakala, empat sungai di Kelantan telah melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kusial (12.98 m), Sungai Golok di Rantau Panjang (7.84 m), Sungai Lebir di Tualang (28.81 m) dan Sungai Pergau di Air Botol Jeli (71.85 m).

Sumber: Sinar Harian


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post