Kajian Mengatakan Yang Anak Sulung Lebih Bersikap Baik Berbanding Anak Kedua


Kelahiran anak dalam dunia ini adalah satu anugerah yang paling terindah untuk ibu bapa. Tidak kiralah anda anak ke berapa. 

Kajian baru-baru ini yang melihat pada ribuan keluarga di Denmark dan Amerika mendapati yang anak kedua dalam keluarga lebih ‘mencabar’ berbanding anak pertama.

Dan jika anak kedua tersebut adalah lelaki, memang tak menang tangan dibuatnya.

Pengkaji, Joseph Doyle yang mengetuai kajian inj juga mendapati anak kedua lebih banyak mempunyai isu tingkahlaku berbanding anak pertama.

Bukan itu sahaja kajian juga mendapati anak kedua lelaki lebih 20% ke 40% cenderung untuk didisiplinkan di sekolah berbanding adik beradik yang lain dengan risiko untuk ditangkap meningkat.

Menurut Doyle:

Hasilnya sangat menakjubkan. Anak kedua jika dibandingkan dengan adik beradik mereka yang lebih sulung, lebih cenderung untuk berakhir di penjara, lebih cenderung untuk digantung sekolah dan lebih cenderung untuk dimasukkan ke juvenil.


Ini disebabkan tahap perhatian yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak kedua.

Menurut pengkaji ini lagi:

Kami beranggapan yang perbezaan dalam perhatian ibu bapa adalah penyebab yang berpotensi pada faktor perbezaan jarak dalam urutan kelahiran.

Kata Doyle lagi:

Anak sulung mempunyai ibu bapa sebagai contoh. Anak kedua pula mempunyai contoh kanak-kanak dua tahun yang tidak rasional, yang semestinya adik beradik sulung mereka.

Jadi anak sulunglah yang sebenarnya mengajar anak kedua semua tabiat buruk yang dorang tahu.

Kajian juga membuktikan bahawa anak kedua ini lebih cenderung mempercayai kawan berbanding ibu bapa. Hal ini mungkin anak kedua lebih berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka. Ia dilihat, mereka lebih mudah bergaul dan mesra dengan orang ramai daripada sifat anak-anak yang lain.

Jadi, setiap anak-anak mempunyai sifat yang unik. Walaupun banyak kajian dan teori itu tidak membuktikan sifat anak yang sebenar tanpa dorongan ibu bapa sendiri. Mereka tetap mempunyai kekuatan masing-masing.

Ibu bapa yang bijak pasti dapat menghalakan kecenderungan emosi dan fizikal anak-anak ke arah yang baik.


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post