“Kami Balun Tanpa Belas” – Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh


Korang pernah tak call majlis perbandaran dekat tempat korang sebab korang tengok banyak sangat anjing dan kucing jalanan berkeliaran?

Mungkin lepas korang dengar cerita dari bekas pekerja majlis perbandaran ni, korang akan fikir dua kali sebelum buat panggilan. Kalau ada rasa berperikemanusiaanlah.

Baru-baru ni, seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai ahli majlis perbandaran membuat pengakuan bahawa anjing-anjing jalanan yang dorang tangkap telah dibunuh dengan kejam di Instagram yolopets_foundation.

Menurut lelaki ini, dia bekerja di Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal dan bertanggungjawab menangkap anjing dan kucing selepas mendapat laporan dari orang awam. Jom baca ceritanya…


Majlis ingin cut-cost tindakannya BUNUH

Gambar Hiasan

Bila ada orang lapor, aku dan team akan ke tapak lokasi, jerut dan tangkap anjing masuk lori. Aduan memang banyak dibuat oleh orang Melayu. Tapi aku buat keputusan berhenti kerja nie sebab macam-macam terjadi sejak aku kerja bunuh anjing nie.

Memang Majlis beritahu anjing diPTS. Tapi kau orang pernah pantau bila Veterinar datang PTS anjing ditangkap nie. Mana NGO? Semua tidak ambil peduli. Jadi Majlis ingin cut-cost tindakannya BUNUH.

Pernafasan anak aku macam anjing yang selalu aku jerut

Gambar Hiasan

Dalam 2 tahun aku kerja tangkap, pukul dan bunuh anjing. Macam-macam ujian yang aku terima. Semua bermula bila anak aku lahir cacat. Anak aku cacat. Aku sukar hendak terima. Keadaan penafasan anak aku macam anjing yang aku selalu jerut.

Aku ikat dan gantung anjing nie sampai mati. Ada mata terkeluar. Ada kami pukul dengan kayu sampai mati. Anjing ini meronta tapi kami balun tanpa peri kemanusiaan. Aku hanya ikut arahan. Aku hanya bekerja makan gaji. Aku terpaksa walau tidak sampai hati.

Tapi ia terjadi pada aku. Pada isteri aku. Isteri aku pengsan tengok keadaan anak kami. Leher anak kami ditebuk. Seksa ya Allah. Bunyi nya sama seperti nafas anjing yang aku bunuh.”

Anak anjing pun kami tidak benarkan hidup. Kami bunuh.

Lapan bulan anak aku terseksa. 8 bulan aku dibalas atas semua ini.

Tapi bila anak aku lahir cacat macam tue. Aku insaf. Aku sedar serta merta. Isteri aku pun suruh aku berhenti kerja nie. Zalim.

Keadaan anak aku memang kritikal. 8 bulan dia terseksa. Cucuk sana sini. Tebuk sana sini di usia 2 bulan. Kau bayangkan. Mulut berbuih. Nafas berbunyi tersekat.

Sebab aku ingat anak anjing pun kami tidak benarkan hidup. Kami bunuh. Walau 2 hari lahir. Aku memang insaf. Tuhan ambil anak aku lepas 8 bulan terseksa.

Cukuplah kita tipu orang awam anjing hantar hutan

Selepas anak aku meninggal. Aku berhenti kerja. Aku tak mahu mencari rezeki macam ini. Cukuplah kita tipu orang awam anjing hantar hutan lah. Semua itu tipu belaka.

Kepada kawan aku yang masih naik lori tangkap anjing, bertaubatlah. Berilah sumber duit yang halal pada keluarga dan anak-anak kita.

Allahu, kejamnya tindakan pihak berkuasa ni. Admin harap kerajaan boleh buat something untuk stopkan benda ni. Bukan ke salah dari segi undang-undang? Kalau ya pun perlu dibunuh, kenapa kena buat secara kejam?

Sumber: Lobakmerah.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post