‘Mak Ayah Paling Bodoh’ – Prank Baling Telur, Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam


Kanak-kanak memang suka sambut birthday kan? Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka pasti akan buat parti khas dan menjemput ahli keluarga serta kawan-kawan anak untuk sama-sama meraikan hari istimewa ini.

Tetapi, lain pula yang jadi dengan seorang kanak-kanak ini apabila sambutan hari jadinya telah bertukar menjadi satu mimpi ngeri yang pernah dialaminya.

Menerusi perkongsian di Twitter, sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak menyambut hari lahir dan bersedia hendak memotong kek tular di media sosial.


Pada saat kanak-kanak itu mencapai pisau, tiba-tiba ahli keluarganya mencurahkan telur ke kepala dan memusnahkan keknya. Cebisan kek tersebut pulak telah dilumur ke seluruh muka dan tubuh badan budak tu! Aduhai kesiannya budak tu…


Rata-rata netizen memang panas hati dan bengang gila tengok video tersebut sebab budak sekecil macam tu tak layak dikenakan prank merapu macam ni.




Yelah kan, punyalah budak tu excited nak potong kek, tetiba korang pergi curah telur dan rosakkan kek dia. Tak ke trauma budak tu?


Tambah netizen lagi, tak mustahil perkara macam ni akan mempengaruhi sikap budak menjadi pendiam dan lebih teruk mana tahu kalau dia buat benda yang sama kepada anak atau ibu bapa dia satu hari hanti. Haiyoo….


Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post