Budak 2 Tahun Maut Dipercayai Didera, Ibu & Teman Lelakinya Ditahan


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, disyaki didera.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui, namun polis telah menahan ibu mangsa dan teman lelakinya. 

Ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Yusof Ahmad mengesahkan kejadian itu. 


"Pihak kami telah menahan pasangan berusia lingkungan 30-an itu pada malam Isnin (13 Januari) untuk disoal siasat selepas doktor yang memeriksa badan mangsa menemui tanda-tanda penderaan," katanya. 

Yusof berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak (penderaan) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. 

Pasangan itu kini sedang menunggu perintah reman dari mahkamah. 

Sumber: The Star via The Reporter


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post