Diarah 'Google' Sendiri Sakit Apa, Mangsa Kemalangan Terkilan Layanan Hospital


Pesakit yang hadir ke hospital atas masalah kesihatan seharusnya dilayan secara adil dan saksama. Jika pesakit terutama yang baru sahaja lepas dari kemalangan, pihak hospital seharusnya periksa lebih mendalam keadaan mangsa. 

Hal ini kerana mangsa berkemungkinan mempunyai kecederaan dalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Lain pula yang terjadi pada seorang mangsa kemalangan apabila dia diarahkan balik selepas hadir ke hospital membuat pemeriksaan. Hal ini diceritakan sendiri anak saudara mangsa Aliaa Ariff yang menceritakan detik bapa saudaranya itu diarahkan pulang dan periksa sendiri masalah kesihatan yang dihidapnya.


Pesakit mengadu sakit tapi diendah


Apakah yang kami perlu lakukan sebagai rakyat marhain apabila sedang (bukan selepas) mengalami situasi yang mana kami dinafikan hak sebagai penerima khidmat oleh “Kami Sedia Membantu”

Pesakit mengadu sakit, tapi tidak diendahkan kesakitannya. Xray telah dibuat, tetapi dikatakan tiada apa-apa. Dibiarkan pulang dengan baju hospital (kami kena basuh dan pulangkan ye) dan ubat tahan sakit. Walaupun pesakit masih mengadu sakit. Mungkin kesan daripada kemalangan kali. Kami hormat keputusannya. Kami tak tahu apa-apa. Jadi kami terima.

Suruh google sendiri penyakit

Tapi masih kami kecewa. Apabila pihak bertanggungjawab sendiri meminta kami rakyat marhain google sendiri masalah kesakitan pesakit. “Awak doktor ke?”, “Awak ada henset kan. Awak google lah sendiri” katanya. ‘Annoyed’ agaknya dengan soalan kami.


Pulang. Pulang dengan kesedihan. Tak tahan melihat aduh kesakitan. Dibawa ke klinik GP berdekatan. XRay didapati ada keretakan di bahagian lutut kedua dua belah kaki. Tidak mungkin tidak sama keputusan yang merawati. Mungkin keikhlasan hati si perawat yang berbeda.
Bantulah rakyat marhaen

Alhamdulillah. Dirujuk kembali ke hospital, tetapi bukan yang sama. Dirawat dan diberikan rawatan yang perlu. Kami hargai. Terima kasih pihak kami sedia membantu yang satu lagi.

Masih tidak mengerti. Kenapa boleh jadi macam ni. Kasihani lah kami rakyat marhaen yang tidak banyak ilmu ini. Kami hanya buntu simpati dan penjelasan empati. Supaya lebih jelas kami yang tidak fahami ini.

Takpe. Kami pun sudah maklum ada medium untuk dapatkan penjelasan. Harap maklum.

Sumber: Aliaa Ariff via https://ift.tt/36P2B7m


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post