"Dunia Makin Tenat" – Baru Januari 2020, Tapi Netizen Risau Sudah 7 Bencana Alam Berlaku Pada Awal Tahun Ni!


Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan letusan debu dari Gunung Berapi Taal di Filipina yang memuntahkan asap tebalnya semalam.

Kejadian ini boleh dikatakan antara bencana alam pertama yang berlaku pada pembukaan tahun 2020, tidak termasuk kebakaran hutan belukar di Australia yang berlaku pada hujung tahun lepas yang masih berlarutan hingga Januari ini.

Tapi tahukah korang, bukan ini saja bencana alam yang sedang berlaku pada Januari 2020 ini. Menerusi perkongsian netizen bernama Ikhwan di Twitter, ada 7 lagi bencana lain yang sedang berlaku di dunia sekarang. 

So tarik nafas panjang dan bertabahlah untuk ketahui kesemuanya di bawah.


1. Letusan Gunung Berapi Taal 


Menurut Ikhwan, salah satu daripada gunung berapi terkecil di dunia bernama Taal ini telah memuntahkan asap tebalnya semalam. Keadaan ini telah menimbulkan panik di kalangan penduduk setempat dan setakat ini sudah 8,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan dekat wilayah Batangas dan Cavite.

Sebenarnya bukan Taal saja gunung berapi yang sedang aktif sekarang, ada 25 lagi gunung berapi lain di seluruh dunia yang sedang meletus termasuklah di Jepun dan Mexico. 

2. Glasier di New Zealand bertukar warna coklat? 


Ini salah satu kejadian pelik yang berpunca daripada perubahan cuaca yang mendadak. Glasier di New Zealand katanya telah bertukar warna menjadi coklat dan akan mencair dengan lebih cepat akibat perubahan cuaca. 

Glasier ni bagi korang yang tak tahu ialah sebuah sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Perubahan glasier ini dianggap pelik kerana ia hanya akan bertukar warna pada musim panas namun sekarang ia baru di musim bunga.

3. Rumput dan lumut tumbuh di Gunung Everest


Tumbuhnya rumput dan lumut di Gunung Everest ini katanya akan memberi kesan yang serius kepada ekosistem di kawasan tersebut. Menurut saintis, ais mungkin akan mencair agak lambat dari biasa dan akan mengganggu bekalan air di kawasan tersebut.

4. Banjir besar di Dubai


Bagi bandar yang tidak mendapat taburan hujan yang agak banyak pada setiap tahun, ia adalah satu perkara pelik apabila Dubai dilanda banjir besar pada tahun ni. Banyak penerbangan katanya telah dibatalkan akibat banjir ini.

5. Banjir di Jakarta


Selain Dubai, negara seberang kita juga sedang mengalami musibah banjir yang agak teruk. Hujan lebat dijangka akan turun dengan lebih banyak dan banjir kali ini antara antara banjir terburuk pernah berlaku pada abad ini yang telah meragut 66 nyawa.

6. Gempa bumi di Puerto Rico


Gempa bumi di Puerto Rico ini katanya gempa terburuk pernah dialami sebuah negara dalam abad ini.

7. Ribut di Selatan US


Amerika Syarikat juga tak terkecuali daripada bencana alam. Ribut dasyat katanya telah melanda di selatan US dan telah meragut 11 nyawa antaranya daripada daerah Texas, Alabama dan Louisiana.

Perkongsian ini telah menimbulkan sedikit rasa susah hati di kalangan netizen yang mula merasakan bumi ini makin sakit dan dunia pula hampir sampai ke pengakhirannya.

Selain daripada bencana alam, ada juga beberapa kejadian dunia lain yang berlaku pada awal tahun ini dan ia agak mengejutkan.

Apa-apapun yang terbaik kini ialah kita mendoakan semoga bencana alam dan masalah yang terjadi di dunia ini akan berakhir dan berlalu dengan baik sekali. Penghujung dunia atau tidak, semuanya ada di tangan Allah Yang Maha Kuasa. 




sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post