Sebut sahaja Nasi Kandar sudah pasti ianya sangat sinonim dengan negeri Pulau Pinang. Nampaknya ini bukanlah berita gembira buat peminat nasi kandar di negeri itu.
Sejak semalam tular mengenai sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang diarahkan tutup atas faktor kebersihan.
Memetik laporan Free Malaysia Today menyatakan bahawa terdapat beberapa sarang lipas ditemui di sana semasa lawatan mengejut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Bukan itu sahaja, malah terdapat najis lipas dan air kencing tikus di sekitar premis berkenaan. Lebih menjijikan, najis turut ditemui di beberapa perkakas dapur yang digunakan untuk para pelanggan.
Najis, air kencing tikus dan lipas yang ditemui di dapur sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, P.Pinang menyebabkan premis itu diarah tutup selama 14 hari bermula semalam. pic.twitter.com/gGa37wMJdH— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 9, 2020
Meskipun beberapa laporan berita cuba merahsiakan nama restoran tersebut, namun berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial, restoran terbabit adalah Nasi Kandar Beratur yang sememangnya terkenal dengan pelanggannya yang sanggup datang beratur walaupun sudah lewat malam.
The popular ‘Nasi Kandar Beratur’ restaurant in Penang has been ordered to shut down for two weeks by the Penang City Council for suspected of being the source of a disease that may endangered public health pic.twitter.com/OAJW0UfB0q— Kuala Lumpur Reporter (@KL_Reporter) January 9, 2020
Restoran ini dijangka tutup selama 14 hari bagi aktiviti pembersihan. Selain restoran tersebut, dua lagi pasar mini turut diberi notis yang sama.
Sumber: https://ift.tt/2EeNwN9
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget