Ramai ibu bapa tampil berkongsi kisah dimana anak-anak mereka antara pesakit influenza yang sedang atau sudah mendapatkan rawatan di hospital. Malah ada yang terpaksa berkampung di hospital lebih daripada 5 hari. Penyakit yang merebak ini sangat menakutkan kerana pesakit rata-rata adalah dari golongan kanak-kanak.
Antara Anak-Anak Kecil Yang Terkena Jangkitan Influenza
Wad Kanak-Kanak Dipenuhi Pesakit
Elak Cium Bayi, Kuarantinkan Anak
Influenza Sangat Bahaya Sekarang
Kena Selalu Monitor Virus Ni
PERKONGSIAN DARI IBU PESAKIT
Pihak Pa&Ma telah menemu ramah salah seorang ibu pesakit influenza A sebentar tadi. Menurut Puan Helna Nadira anaknya mula demam setelah pulang dari sekolah, rentetan itulah anaknya disahkan terkena jangkitan influenza A.
Kedua-dua anak di masukkan ke wad kanak-kanak
Balik Sekolah Terus Demam
Saya tak sure macam mana anak saya kena tapi saya syak di sekolah. Sebab si abang(Erique) 1st day sekolah balik petang terus demam dah. Hari khamis malam kiranya. So jumaat saya bawa check darah. Everything normal. Doktor cakap cuma viral fever. After that batuk pun datang menumpang.
Sabtu 4.30am adik pulak start demam, 39-41. Makan ubat tak lut, ubat buntut tak lut. Kebal nak mati. Jenis demam sampai mengigil-gigil. Hari ahad si abang dah ok. So dah syukur dah tinggal si adik sahaja.
Disahkan Positif Influenza A
Isnin adik pun dah okay, tapi abang terus spike demam tak turun langsung. Terus rush pergi KPJ test semua rupanya positive influenza A. Hati i tak sedap, bawa juga si adik test and booommmmm!!! Positive juga WALAUPUN tak demam. Tapi selesema dan batuk tak go off. Admit terus spiked demam sampai sekarang + mycoplasma. Sekarang on antibiotic untuk mycoplasma dan makan antiviral tamiflu untuk Influenza. Mycoplasma ni geng Influenza A & B jugak doktor cakap. Trend sekarang. Abang dah kurang demam tapi bronchopneumonia masih degil.
Doakan mereka cepat sihat ye… saya ada 1 lagi anak, 2 tahun kat rumah tu. Nenek dia jaga. Saya single mum, bila sampai saat tak terduga macam ni sekali datang, down sangat sangat rasanya😞.
Ibu Bapa Jangan Pentingkan Diri Hantar Anak Tak Sihat Ke Sekolah
Saya cuma nak nasihatkan parents tolong jangan selfish. Sebab tak nak cuti hantar je anak sakit pergi sekolah. Once merebak akan ramai org lagi yg susah. Ubat makin berkurang, vaksin pun dah kena book sekarang.
CARA ELAK VIRUS INFLUENZA A MEREBAK
Ini pula perkongsian tentang bagaimana ingin mengelak daripada Virus Influenza merebak yang di kongsi di sebuah page yang dikendalikan oleh panel perubatan iaitu Medical Mythbusters Malaysia:
Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya
Influenza Terbahagi 3, Influenza A Adalah Yang Lebih Kuat Berbanding Influenza B Dan C.
Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.
Antara simptom-symptom Influenza A adalah:
– demam dan menggigil
– demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
– sakit kepala dan otot
– sakit tekak dan batuk
– selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
– SESAK NAFAS
– NAFAS LAJU
– DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
– KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
– KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
- BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:
– SAKIT DADA
– SESAK NAFAS
– KEBINGUNGAN
– MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
– SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA
Rawatan bagi Influenza A adalah:
– rehat di rumah
– kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
– makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
– ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
– kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.
– tutup mulut ketika bersin dan batuk
– cuci tangan dengan kerap
– jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
– galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti:
– bayi
– kanak-kanak kecil
– warga emas
– wanita hamil
– pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .
Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
Sumber: https://majalahpama.my
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget