Tahukah Anda, Korek Hidung Mampu Mengancam Nyawa - Kajian


Ramai yang mempunyai tabiat seperti mengirek hidung sehingga ia dilakukan di luar kawalan tanpa disedari oleh kita. Sehingga kita tidak perasan bila jari telah dimasukkan ke dalam rongga hidung tersebut. Namun jika perbuatan ini dilakukan dengan niat pula, mesti kita akan memastikan keadaan sekeliling jika ada orang atau tidak. 

Nanti ada pula orang yang tengok kita tengah kusyuk korek hidung dengan tekun. Tabiat itu sering dilakukan adalah bagi membersihkan segala kekotoran di dalam rongga hidung.

Korek hidung juga boleh membuat seseorang seakan-akan dipukau jika peminat tegarnya sehingga mengkhayalkan.

Walaupun ia merupakan tabiat yang sering dilakukan oleh ramai orang, namun ia juga boleh memberikan kesan sampingan pada kesihatan kita. Mari kita ketahui sebab-sebabnya.

Mengikut kajian saintifik menerusi penyelidikan yang abru diterbitkan oleh Jurnal Pernafasan Eropah telah menjelaskan, tabiat yang suka mengirek hidung mampu menyebarkan bakteria-bakteria yangberbahaya yang mampu menyebabkan radang paru-paru. Selain itu, tabiat ini juga boleh menyebabkan pheumonia iaitu sejenis pembengkakan tisu antara salah satu atau kedua-duanya sekali.

Penyelidikan dari Sekolah Perubatan Tropika Liverpool ia cenderung tersebar sebagai virus udara selain itu, kebersihan tangan juga sangat penting.


Hasil dari kajian ini, terdapat sebanyak 40 sukarelawan terdiri dari orang dewasa telah dibahagiakan kepada empat kumpulan dan didedahkan kepada beberapa jenis bakteria.

Dua kumpulan pula didedahkan kepada bakteria yang berada di dalam air, manakala dua kumpulan lagi terdedah kepada bakteria yang kering. Hasil dari peserta kajian yang terdedah dan telah dijangkiti bakteria di udara akibat kerap korek hidung. Seseorang akan berisiko untuk dijangkiti disebabkan menggosok hidung dan menyedut udara.

Hasil penyelidikan dari Sekolah Peribatan Tropika Liverpool dan juga Hospital Royal Liverpool iaitu Dr. Connor berkata, jangkitan pneumokokus juga boleh menyenankan kematian di seluruh dunia dan kematian di anggarkan sebanyak 1.3 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun.

Ujarnyalagi, “Tabiat mengorek hidung juga mampu mengancam nyawa berpunca dari penyebaran bakteria”.

Tambah Dr. Connor lagi, orang dewasa yang menghidap penyakit kronik juga akan berisiko besar untuk dijangkiti virus pneumokokus disebabkan oleh tabiat tersebut.

Paling penting adalah dengan menjaga kebersihan tangan dan alat mainan kanak-kanak bagi mengurangi jangkitan seperti penyebaran radang paru-paru dari terjadi.

Selalunya radang paru-paru mungkin juga berbeza-beza dan semuanya tergantung dengan umur seseorang ataupun masalah perubatan yang mereka hadapi.

Tanda-tanda yang muncul jika diserang dengan jangkitan seperti ini:

  • Demam
  • Bernafas dengan cepat dan pendek
  • Hilang selera makan
  • Berpeluh dan rasa sejuk tiba-tiba
  • Sakit dada semasa menarik nafas
  • Kerap rasa keliru dan celaru terutama kepada mereka berumur 65 tahun.
  • Rasa nyilu pada otot dan sendi
  • Batuk berkahak, kekuningan atau berdarah


Jika tidak ingin perkara sebegini berlaku kepada anda, sebaiknya anda harus menjaga kebersihan tangan semasa mengorek hidung supaya terhindar dari penyakit berbahaya. Semoga bermanfaat.

Sumber: BH Online via https://bukanaku.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post