Virus Misteri Menyerang Wilayah Di China, Pelancong Diminta Berjaga-jaga


Kerajaan di negara-negara Asia kini sedang menjalankan pemantauan yang lebih kepada pelancong yang keluar dan masuk dari China selepas pihak kerajaan China merekodkan 44 kes penyakit misteri.

Virus ini menimbulkan kerisauan kerana ia mengingatkan pegawai perubatan terhadap penyakit Severe acute respiratory syndrome (SARS) yang pernah menyebabkan ratusan penduduk Asia meninggal dunia 17 tahun yang lalu.

Pada tahun 2003, SARS merebak ke 26 negara dan menyerang 8,000 pesakit serta mengorbankan 750 nyawa.

SARS yang turut bermula di China, tersebar menerusi jangkitan antara manusia; apabila individu yang dijangkiti menyebarkan virus tersebut menerusi batuk dan bersin.


Pihak berkuasa di Hong Kong, Macao, Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan kesihatan dan suhu badan lebih ketat di balai ketibaan untuk penerbangan dari Wuhan, China di mana virus ini mula dikesan.


Setakat ini, kerajaan China mengesahkan 11 pesakit kekal dalam keadaan kritikal dengan pesakit mengalami simptom demam serta kesukaran untuk bernafas.

Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan memakai topeng muka sekiranya perlu melawat Central China terutamanya Wuhan.

Sumber: https://ift.tt/1CZ3HGv


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post