Wanita Kecewa BFF Bercinta Dengan Suami Sendiri, Rupanya Kantoi Nikah Di Siam


Harapkan pegar, pegar yang makan padi.

Perumpamaan atau kiasan ini sering kali digunakan apabila mahu merujuk kepada tindakan seseorang yang sanggup mengambil kesempatan atas kepercayaan diberi atau pun rakan sendiri. Tak dinafikan juga bahawa perkara ini turut menular dalam hal rumah tangga pada zaman sekarang ini. Itulah juga yang terjadi pada perkahwinan seseorang wanita ini setelah hadir sahabat baiknya sendiri. 

Rampas suami rakan baik sendiri

Menerusi satu posting yang dimuat naik ke laman Facebook, wanita bernama Hanna telah meluahkan kekecewaan apabila sahabat baiknya telah merampas suami sendiri. Rakannya itu dikenali sebagai Yaya juga pernah viral sebelum ini dengan kisah diri yang lumpuh tapi sudah mampu berdiri semula selepas ke tanah suci. 


Menurut wanita terbabit, persahabatan mereka terbina ketika sering bertemu di kelas marketing sebelum akhirnya berkawan rapat. 





Tak pernah terfikir rakan dan suami akan bermain cinta

Namun sepanjang persahabatan mereka juga tidak pernah timbul sedikit pun curiga terhadap gadis tersebut serta suaminya. Malah wanita itu juga sudah menganggap Yaya sebagai adiknya sendiri dan menyayanginya seikhlas hati. Tapi siapa sangka individu itulah yang bermain cinta di belakangnya. Lebih menyedihkan apabila semuanya berlaku sewaktu dirinya masih mengandung anak ketiga bersama lelaki tersebut. 





Bernikah senyap-senyap di Thailand

Malah, kedua-duanya dikatakan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuannya di Thailand. Hanna yang kecewa dengan kejadian tersebut mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada perkahwinan itu. Pedih hatinya apabila rumah tangga yang dibina selama hampir 11 tahun berakhir angkara rakan baik sendiri. 




Sumber: Hanna Baa via https://erinsakura.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post