Gambar Sekadar Hiasan |
Sangat beruntung siapa yang memilih anak kedua sebagai pasangan hidup ini. Rata-rata anak kedua ini mempunyai keperibadian yang sangat baik dan juga penuh dengan kelembutan. Orang kata senang je nak jaga mereka ini, tak banyak ragam dan juga memeningkan kepala.
Anak kedua ini sering kali dikaitkan dengan kelembutan. Ya, mereka ini sangat lembut hati terhadap orang yang mereka sayangi. Bukan itu sahaja, mereka ini juga bijak jaga hati orang yang dia sayang. Aduh… mesti seorang yang sweet dan romantik anak kedua ini.
Ada orang mungkin tak nak pilih anak kedua atau ketiga tetapi inginkan anak pertama kerana dikatakan seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus. Setiap mereka ini mempunyai keunikan yang tersendiri sama seperti anak kedua ini.
Buat anda yang sedang bercinta dengan anak kedua ini tentu sangat menyenangkan dan begitu tenang hubungan anda bukan. Mana tidaknya mereka ini jenis cool sahaja, semua perkara dilakukan dalam tenang dan santai. Bahkan kalau ada masalah pun mudah sahaja nak diselesaikan, betul tak?
Buat mereka yang sedang hangat bercinta dengan anak kedua ini, jom kenali mereka ini lebih dekat. Apa yang membuatkan mereka ini lebih unik dari yang lain. Wow! Ramai yang tak tahu, anak kedua ini merupakan pendengar yang baik. Bukan sahaja dengar tetapi mempunyai respon yang baik dalam luahan hati anda. Haaa… mana nak cari pasangan macam ini, yang selalu mendengar luahan hati anda tanpa mengabaikan anda.
Paling bestnya mereka ini adalah seorang yang berfikiran terbuka. Jadi nak terima perkara-perkara baru bukan satu masalah buat mereka. Tapi kena juga dengan batasnya, bukan semua perkara mereka boleh terima. Kalau salah tetap salah, tapi kalau yang baik tentu sahaja mendapat sokongan yang baik darinya.
Sikap penyayangnya terhadap pasangan dan juga ahli keluarga sangat jelas. Mana tidaknya, jika sakit ataupun terlibat dalam masalah, mereka ini yang datang hulurkan bantuan. Sentiasa mudah bimbang dan pasti ingin menjaga orang yang disayangi dengan baik adalah keutamaan bagi dirinya.
Lebih menariknya, anak kedua ini lebih mudah untuk memahami seseorang. Mereka ini sentiasa cuba meletakkan perasaan yang sama seperti yang anda rasai. Mereka ini begitu mudah untuk dibawa bincang walaupun dalam hal-hal yang agak serius. Ini kerana, sikap bertolak ansur dan memahami begitu kuat dalam diri.
Paling seronok dan ramai yang suka adalah sikap mengalah dengan orang yang dia sayangi bukanlah satu perkara yang asing lagi dengan anak kedua ini. Nampak tak yang ego mereka ini tidak tinggi menggunung pun, tetapi ego mereka ini kalah dengan orang yang mereka sayangi. Untung sangat dapat anak kedua sebagai pasangan hidup ini. Cuba kenali anak kedua ini, mereka ini penuh dengan kasih sayang dan kelembutan orangnya. Tidak kiralah dengan seseorang yang mereka kenal ataupun tidak. Untung sangat jika dapat pasangan sebegini.
Sumber: Baituljannah.com
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget