Jangan Mengumpat Dan Menghina Adik-Beradik Susah, Akibatnya Berat


Akhir zaman ini, ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu. Bila masing-masing sudah berkeluarga, mak ayah ada yang dah tiada.. sedihnya hubungan kian renggang. Ada saja yang tak kena di mata kakak, abang mahupun adik. Saling berselisih faham, bertegang urat tanpa ada usaha untuk meleraikan kekusutan hati yang kian retak.

Bacalah nasihat Ahmad Humaizi Bin Mar Noor, Perunding Takaful dan Pusaka, Ahmad Humaizi Consultancy ini agar saling menjaga hubu ngan sesama adik beradik. Nasihatnya padu, dan jika anda seorang yang berjiwa lembut, pengasih sesama adik beradik, pasti akan merasakan betapa benarnya kisah adik beradik yang dikongsikan ini.

Jagalah Hubungan Kita Dengan Adik Beradik

Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sa kit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya’ Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.


Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.

Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya. Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.

Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.”

Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan som bong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan. Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang ada kekurangan jangan bagi org lain menca ci dan menghi na mereka.

Tak Boleh Perlekehkan Apa Yang Dibuat Adik Beradik

Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.

JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai orang ramai.

Hulurkan tangan kita bila dia perlukan… Ibubapa kita juga akan Aman di sana melihat anak anak mereka…. Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak

Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa, adik-beradik bergaduh. Sedangkan itu cuma harta dunia…. harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu. Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT.

Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.

Gembirakanlah Adik Beradikmu, Moga Allah Gembirakan Kita Di Hari Kiamat

Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..

Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)

“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Sumber: https://pelikdunia.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post