Jangan Salahkan Isteri Saja Bila Tak Dapat Anak, Suami Pun Kena Periksa, Jangan Ego


Soal anak adalah satu perkara yang cukup sensitif dalam sesebuah rumah tangga. Lambat dapat anak adalah menjadi perkara yang cukup sensitif untuk dibicarakan. Hati boleh jadi kecewa dan marah bila sering diajukan soalan sebegini kerana jawapan rezeki anak bukanlah di tangan kita. Semuanya bergantung kepada rezeki Allah.

Perkongsian bapa ini, Firdaus Shakirin banyak benarnya. Dalam rumah tangga, jangan hanya menyalahkan isteri sahaja bila kita lambat dapat anak. Baik suami atau isteri, sama-sama mainkan peranan yang besar untuk menentukan isteri hamil. Pun begitu semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Jadi suami, rakan-rakan dan saudara mara janganlah hanya menuding jari pada isteri.

Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita tapi Allah tak janji yang bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak. Allah tak janji.

Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dengan adanya anak, hidup kita lebih sempurna tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia.


Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yang sangat menyentuh hati, dapat membuatkan mereka yang belum dapat anak lagi terasa bila diajukan soalan begini. Namun jangan salahkan isteri semata-mata jika kita belum lagi dapat anak.

Sebab?

Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif. Banyak perkara yang berhubung rapat dan saling berkait dengan kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya.

Don’t put the blame on women only

Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik-makcik bawang. Asal lambat dapat anak je, mesti isteri yang kena, asal tak dapat anak je, isteri tu mandul, seolah-olah penyebab utama itu 100% dari isteri sahaja. Baik lelaki dan wanita, dua-dua ada potensi untuk mengalami masalah kesuburan. Jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan, jangan ego, jangan salahkan isteri dan jangan berbalah menuding jari.

Jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, maka bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak pada anda. Allah akan bagi bila anda bersedia, perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kepada Allah dan selebihnya berserah.

InsyaAllah, hanya masa yang akan menentukan segalanya



sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post