Gambar Hiasan |
Menerusi satu kenyataan terkini yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua lagi kes baharu Novel Koronavirus (2019-nCoV), telah dikesan menjangkiti dua rakyat tempatan yang dibawa pulang dari Wuhan.
Kedua-dua mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan berada dalam keadaan stabil.
Ini menjadikan keseluruhan 12 kes positif koronavirus di Malaysia setakat ini, iaitu melibatkan tiga rakyat tempatan dan sembilan warga China.
Sebelum ini, kes pertama rakyat negara ini yang menjadi mangsa koronavirus telah dilaporkan kelmarin, di mana mangsa merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor.
Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.
Kenyataan rasmi KKM menyusul.
Dua lagi kes baharu #novelcoronavirus2019 melibatkan rakyat tempatan yang dibawa pulang dari Wuhan.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 5, 2020
Mereka dimasukkan ke HTJ Seremban dan stabil.
12 kes keseluruhan, setakat ini.
Kenyataan rasmi KKM menyusul.
Situasi terkini jangkitan #novelcoronavirus2019 di Malaysia (5 Feb 2020).— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 5, 2020
Dua kes baharu positif melibatkan rakyat Malaysia iaitu bapa dan anak yang dibawa pulang dari Wuhan.
Rujuk kenyatan rasmi Men. Kesihatan @DrDzul #WuhanCoronovirus #2019nCoV pic.twitter.com/UCxCbSCwOQ
Sumber: Bernama, KKM via Siakapkeli
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget