Lambat Kahwin Jauh Lebih Baik Dari Salah Memilih Pasangan Hidup

Gambar Hiasan

Jika pada usia tertentu anda masih belum berkahwin terutamanya wanita, dia akan dilihat sebagai seorang wanita yang tidak laku. Namun, lambat untuk berkahwin daripada memilih pasangan yang salah adalah lebik baik.

Dalam setiap perkawinan, adalah satu harapan agar perkahwinan tersebut bukan hanya perkahwinan dalam waktu yang singkat, tetapi akan menjadi perkahwinan yang pertama dan terakhir sehingga usia lanjut.

Sudah tentu, sikap yang bijak dan berhati-hati dalam menentukan pasangan, memutuskan siapa yang anda kahwini dan dijadikan pasangan seumur hidup anda adalah perkara penting kerana perkahwinan yang cenderung tergesa-gesa boleh menjadi risiko buruk di masa mendatang.

Kenapa Memilih Untuk Lambat Berkahwin?


Satu tinjauan dari Love and Relationship Coach menyatakan bahawa sebilangan orang yang tidak berkahwin pada usia 30 tahun ke atas memilih untuk lambat dalam perkahwinan daripada berkahwin dengan cepat tetapi gagal dan terpaksa bercerai kerana memilih pasangan. 

Mereka mempunyai sebab yang logik mengapa lebih baik lambat kahwin kerana jika mereka sudah berkahwin tetapi hanya menyedari bahawa mereka salah memilih pasangan, ini akan ada harga mahal yang harus dibayar untuk kesilapan tersebut.

Menurut kaunselor dari Love and Relationship Coach lagi, ramai wanita terlalu cepat memutuskan untuk berkahwin hanya kerana tekanan usia, keluarga dan komuniti atau sebab kesihatan organ-organ pembiakan pada usia 30 dan ke atas. Walaubagaimanapun, berjuang untuk pilihan yang tepat dalam memilih pasangan perkahwinan adalah jauh lebih baik daripada semua sebab-sebab sebelumnya.

Fikirkan Tentang Pilihan Anda

Adalah lebih baik untuk lambat berkahwin selagi anda boleh mendapatkan pilihan pasangan yang tepat untuk perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat daripada berkahwin dengan cepat dan tergesa-gesa tetapi berakhir dengan perceraian kerana menyesali memilih pasangan yang tidak baik.

Buat anda yang masih belum berkahwin tidak perlu ambil hati. Pastikan anda tidak tersalah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pasangan hidup anda supaya anda boleh mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan sebenar di masa depan.

Sumber: https://ift.tt/2jstcxg


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post