Lelaki Sejati Adalah Lelaki Yang Berkata Benar Dengan Isteri. Bukan Depan Lain Belakang Lain


Wahai suami, tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga itu bukannya mudah. Bukan sekadar tunaikan tanggungjawab beri makan minum semata. Sebaliknya, jadilah suami yang sentiasa jujur dan mahu bercakap benar dengan isteri. Kerana, emosi tenang isteri itulah nanti akan buatkan rumah tangga lebih damai sejahtera.

Malah, semakin murah rezekinya. Jika isteri yang satu itu kau bohongi, dalam diam kau berikan dia ‘teman’ tanpa rela. Kelak kepayahan lain yang menjelma. Perkongsian Muhammad Hassan ini banyak benarnya. Jangan sesekali permainkan hati seorang isteri yang setia melalui sebuah ‘poligami’. Yang suami sendiri pun belum tentu mampu memikulnya dengan adil.

Isteri Sebenarnya Bukan Mahu Menolak Poligami. “Lebih baik kita kahwin diam-diam, pandailah nanti kita cover” Ayat inilah yang selalu saya dengar dari rakan rakan lelaki apabila berjenaka, bahkan realitinya berlaku. Isteri sebenarnya bukan menolak poligami.

Sebab poligami Allah dan Rasul telah halalkan, jadi mana mungkin isteri solehah menolak poligami. Jadi kaum wanita kena jaga bab ini, jaga kata kata, jangan sampai menolak ketetapan Allah. Cemburu itu sifatnya manusia. Kita suami pasti cemburu jika orang lain pandang isteri semacam. Hatta isteri isteri Nabi s.a.w juga ada sifat cemburu.


Yang ramai tidak bersetuju itu bukan tentang hukum tetapi apabila awak dapat isteri baru, awak jadi penipu, awak abaikan nafaqah, perasaan dan emosi anak-anak. Setiap bulan outstation kata awak cari rezeki, tapi duit selalu tak cukup, sehinggakan ada isteri terpaksa membanting tulang pula untuk mencari rezeki menyara keluarga.

Sebaik Suami Tinggalkan Dunia, 4 Isteri Tiba-tiba Datang Tuntut Hak. Pernah berlaku apabila si suami tinggalkan dunia berderet anak ditinggalkan. Isteri pertama tercengang rupanya ada isteri lain datang menuntuk hak. Bukan 2, tetapi 4. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini kononnya mahu amal satu sunnah, penghujung jadi punah.

Jangan samakan poligami kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jauh jarak langit dengan bumi. Poligami Rasulullah adalah dari perintah Allah. Bahkan perkahwinan dengan Aisyah R.A adalah satu perintah Allah. Dan setiap isteri-isteri Nabi S.a.W adalah wanita yang sangat penting dalam menyebarkan dakwah Baginda.

Jadilah Pendengar Yang Baik Terhadap Semua Isteri. Jika ditaarifkan, sebenarnya Poligami itu indah. Isteri pertama berpantang, isteri-isteri lain datang berkhidmat. Sorang buat jamu, sorang masak kat dapur, sorang ajar ilmu penyusuan dan kemaskan rumah. Suami pula mencari rezeki untuk keluarga besar.

Suami setiap hari berusaha bagaimana mahu tunaikan tanggungjawab setiap isteri dengan saksama. Tiada masa untuk melepak sehingga larut malam. Sentiasa jadi pendengar yang baik terhadap semua isteri. Suasana ini pernah saya lihat seorang guru pondok suatu ketika dahulu. Bahkan Sehingga sekarang masih kekal keluarga mereka,bertambah besar pula pondok beliau.

Namun sayang, hari ini tidak ramai mampu berbuat demikian, nak jadi imam solat berjemaah bersama keluarga lagi tak mampu,itu belum berbicara hal solat berjemaah di masjid. Entah bila kali terakhir solat subuh di masjid. Tapi sembang bab poligami,hadith Quran bukan main hafal.

Suami Bercakap Benarlah Kepada Isteri. Ada juga yang kadang-kadang itu berjenaka ‘mengugut’ isteri mahu kahwin lain disebabkan tidak pandai menguruskan rumahtangga. “Rumah selalu bersepah, tak pandai masak, saya kahwin lagi sorang baru awak tau!”

Sering berlaku di kalangan rakan-rakan saya yang berpoligami, setiap hari fikir bagaimana mahu mencari helah untuk ke rumah isteri baru. Tapi Kebanyakkannya berakhir dengan kemusnahan, huru hara. Paling sedih kebajikan terhadap anak anak terabai, perniagaan merudum.

Ingat, poligami itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan orang lain, bukan satu sandiwara untuk melayan kehendak nafsu semata. Jika mahu jadi suami sejati, jadilah suami yang taat الله dan rasul. Bercakaplah benar kepada isteri, pergilah mahkamah,

di sana kita akan lihat sejauh mana tahap kemampuan kita. Bukan pergi di hadapan kaabah!. Ini isteri sorang pun sewa rumah asyik tertunggak, belanja sekolah anak anak isteri yang tanggung, hutang atas bawah depan belakang. Ada hati nak tambah isteri. Jangan Kerana Berpoligami, Kita Di Azab Di Akhirat

Di zaman ini cukuplah menjadi suami yang berusaha untuk bawa isteri dan anak-anak kepada agama yang sempurna. Pikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Cukup dengan kita bahagiakan keluarga yang ada sekarang. Kita sibuk berbicara hal poligami, tapi bagaimana anak anak kita di rumah, bagaimana agama mereka, solat mereka, pergaulan mereka.

Pernah orang alim pesan kepada saya. Jangan kerana berpoligami kita di azab di akhirat. Dan, jangan kerana berpoligami jauhkan kita dari rahmat Allah. Jangan kerana berpoligami terabai mendidik anak-anak. Jangan kerana berpoligami sunnah Nabi s.a.w diperlekeh, dihina, dipandang rendah.

Sumber: Muhammad Hassan 


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post