Mandi Jam 5 Pagi Jika Mahu Kulit Cantik – Kajian


Selain faktor pemakanan, banyak faktor yang boleh membantu mencantikkan kulit anda. Selain perlu menjaga pemakanan, mandi seawal pukul 5 pagi turut membantu dalam mencantikkan kulit anda.

Menurut kajian, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Tahukah anda, gas ozon sangat penting untuk tubuh badan manusia? Disebabkan itu orang tua selalu berpesan, anak dara perlu bangun awal dan bersiap pada awal pagi.

Sebenarnya apa yang dikatakan itu ada yang tersirat, rupa-rupanya untuk menjadikan kulit anda sentiasa nampak segar dan cantik, anda perlu bangun seawal pagi dan bersihkan badan supaya badan anda rasa lebih segar.

Sebab itu jika anda lihat, ibu bapa, atuk dan nenek kita masih cergas walaupun sudah berusia. Tidak seperti orang zaman sekarang, bangun terlalu lewat dan menyebabkan bdan mudah lesu.

Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Ini antara manfaat jika anda amalkan mandi sebelum waktu subuh!


Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah lancar, tubuh badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

Kulit lebih halus dan lembut

Jika anda ada masalah ‘mata panda’, amalkan mandi menggunakan air sejuk setiap pagi. Mandi awal pagi membuatkan kuku lebih sihat dan kulit lebih lembut dan halus.

Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila mandi waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi

Kajian mendedahkan, mandi air sejuk di waktu pagi mengurangkan risiko darah tinggi. Bukan itu saja, tubuh juga bebas dari penyakit berbahaya lain.

Mengurangkan stres

Air sejuk melancarkan peredaran darah setelah tidur 8 jam. Jika anda alami tekanan, duduk di bawah air pancuran untuk melegakan rasa tegang tersebut.

Meningkatkan sel darah putih

Mandi air sejuk meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, tubuh lebih kebal dan tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

Sumber: Hanasuva.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post