Menteri Sahkan Pelancong Rebah Di KLCC, Masih Tunggu Keputusan Ujian Koronavirus


Hangat diperkatakan seorang individu rebah di KLCC hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan invidiu itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki positif koronavirus.

Dalam satu sidang media sebentar tadi, Dr Dzulkefly berkata pihaknya akan terus berhubung dengan HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Memetik laporan mStar Online, individu berkenaan remaja perempuan berusia 17 tahun merupakan warga Kanada.


Menurutnya, sehingga kini masih belum ada pengesahan sama ada remaja itu positif 2019-nCoV atau tidak.

Terdahulu, menerusi foto-foto dan maklumat yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp itu mendakwa pasukan Hazmat itu hadir susulan panggilan yang diterima daripada Twin Tower Medical Clinic (TTMC) mengenai seorang individu yang didakwa disyaki positif Coronavirus.

Malah, maklumat yang tersebar itu turut mendakwa remaja berkenaan dilaporkan pengsan ketika berjalan di kawasan tempat letak kereta di Tower 3 berhampiran TTMC.




Sumber: https://ift.tt/2EeNwN9


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post