"Orang Taknak Saad,tapi Opah Tetap Jaga" - Lahir Berkulit Hitam, Bayi Ini Dibuang Ibu


Setiap anak yang lahir adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan, tidak kiralah bagaimana pun datangnya. Menjadi satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjaga amanah yang telah diberikan.

Namun, buat seorang bayi lelaki ini, dia lahir dalam keadaan yang tidak diingini kedua orang tuanya. Maka, anak yang tidak berdosa ini dibiarkan menempuh takdir hidupnya sendiri.

Meskipun tidak diterima oleh keluarganya sendiri, masih ada pihak yang sudi memberikan kasih sayang kepada bayi ini. Kini bayi itu diberi nama sebagai Saad Abi Waqas.

Orang taknak Saad, tapi opah tetap terima


Dia dijaga oleh satu badan kebajikan, iaitu Baitus Solehah. Penjaga yang digelar sebagai opah, merima Saad dengan hati terbuka dan sehingga masih mahu menyerahkannya kepada orang lain.

“Orang tak nak Saad, opah terima Saad. Opah jaga Saad dengan kasih sayang. Opah tak lempar Saad pada orang lain. Opah belum bersedia untuk menyerahkan Saad kepada sesiapa…”


Kalau kulit cerah, comel mesti mereka ambil Saad semula

Menerusi muat naik di Facebook badan kebajikan tersebut, memaklumkan pihak mereka faham mengapa keluarga bayi ini meminggirkannya, mungkin kerana Saad berkulit gelap dan tidak secomel bayi lain.

“Opah faham kenapa ibu dan keluarga kandung tinggalkan Saad. Kalau Saad tu comel, kulit cerah, hensem tentu mereka datang semula untuk jaga Saad…”


Ada apa pada warna kulit

Simpati dengan nasib Saad, rata-rata netizen menyifatkan tindakan keluarga bayi ini adalah sangat tidak wajar. Kerana bukan fizikal yang menjadi ukuran, sebaliknya budi pekerti yang akan ditengok kelak.


Nanti besar awak jadi anak soleh yer



Sumber : Baitus Solehah via https://ohmymedia.cc


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post