Seorang bayi berusia enam bulan terselamat dari renjatan elektrik, namun, melecur teruk pada bahagian muka dan tangan selepas menggigit wayar pengecas telefon.
Bayi itu dipercayai bermain dengan telefon bimbit ketika ia dicas di rumah kediaman keluarganya di Lucas do Rio Verde, Brazil sebelum menggigit wayar berkenaan.
Arus elektrik yang begitu kuat untuk menyokong penggunaan kediaman itu menyebabkan bayi itu tercampak.
Mangsa masih dirawat di hospital. – Agensi
Lapor Daily Mail, bayi itu dikejarkan ke pusat perubatan berdekatan sebelum dipindahkan ke São Lucas Hospital untuk menjalani rawatan intensif.
Mangsa dikatakan perlu menjalani prosedur rawatan berikutan kecederaan dialami mangsa mengancam nyawanya.
Cedera di tangan dan dagu
Dr Heleno Strobel Rosa yang melakukan bantuan kecemasan awal dan membersihkan luka mangsa berkata, bayi berkenaan tiba ke pusat perubatannya dalam keadaan serius dan denyutan jantung rendah.
“Kami percaya dia cedera selepas melihat keadaan tangan dan dagunya.
“Dia banyak menangis. Selepas kami membuat pemeriksaan, bayi itu diberikan rawatan sokongan diperlukan sebelum dimasukkan ke hospital besar,” katanya kepada online media G1.
Keadaan jari bayi yang melecur
Memasukkan wayar pengecas dalam mulut
Katanya, datuk bayi itu memaklumkan cucunya tidur tanpa pengawasan di tilam atas lantai kediaman mereka manakala telefon bimbit itu dicas bersebelahannya.
“Mereka Memaklumkan, Apabila Bayi Itu Bangun, Dia Mengambil Telefon Itu Sebelum Memasukkan Wayar Pengecas Ke Dalam Mulutnya.
“Ini yang menyebabkan dia menerima aliran elektrik yang banyak dan melecur,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Rosa berkata, bayi itu bernasib baik kerana terselamat.
“Ibu bapa boleh menghentikan bahaya ini dengan memberikan perhatian terhadap pencegahan awal,” katanya.
Bayi itu kini dilaporkan masih dirawat di hospital.
Sumber: Harian Metro via https://ift.tt/2ByeaBO
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget