7 Lagi Kes Baru Coronavirus Dikesan, Jumlah Kes Meningkat Kepada 36 Mangsa Di Malaysia


Terdapat 7 lagi kes baru positif Covid-19 dilaporkan di Malaysia, menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 36 kes.

Memetik kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri, jumlah kes sembuh setakat ini adalah 61.1 peratus, iaitu 22 kes daripada jumlah keseluruhan.

"Sebanyak 14 kes masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur. Kesemua kes yang dirawat di wad adalah dalam keadaan stabil," memetik kenyataan itu. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menasihatkan agar rakyat tidak panik susulan penularan wabak Covid-19 ini, dan menasihatkan agar setiap lapisan masyarakat mengambil langkah penjagaan kesihatan sewajarnya.


"Perdana Menteri menasihatkan seluruh rakyat agar tidak panik dengan melakukan panic-buying dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mereka yang berkunjung ke negara berisiko seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Itali hendaklah mematuhi nasihat perjalanan dan kesihatan yang dikeluarkan dan segera ke hospital/klinik sekiranya mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas," memetik kenyataan itu.


Sumber: Astro Awani /  KKM Putrajaya via https://era.je


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post