91 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Hari Ini, Paling Tinggi Pernah Dicatatkan Setakat Ini


Sebanyak 91 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Jumlah tersebut menjadi jumlah kes pulih tertinggi negara setakat Ahad (22 Mac 2020), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 479 orang.

156 Kes Baharu Dilaporkan



Sebanyak 156 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 2,626 kes setakat Ahad (30 Mac 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang sedang berlangsung kini.



Sumber: KKM / Siakapkeli


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post