Pemergian penyanyi lagu Januari iaitu Glenn Fredly pada usia 44 tahun sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuk isteri tercinta. Penyanyi Indonesia itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 April 2020 kira-kira 6.00 petang akibat radang otak.
Penyanyi lelali itu turut meninggalkan seorang puteri iaitu Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo berusia 40 hari dan isteri Mutia Ayu. Isterinya yang merupakan seorang penyanyi dangdut itu turut luah rasa sayu dengan pemergian suaminya.
I love you Glenn Fredly
Mutia Ayu sempat memuat naik foto berpelukan bersama suaminya, Glen Fredly dengan kapsyen yang manis mewakili anak perempuan mereka. Penyanyi wanita ini turut memaklumkan usia bayi mereka adalah 40 hari dan bayi itu terpaksa kehilangan ayahnya.
Ketika Gewa sudah dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata “Gewa Bangga menjadi anak perempuan Ayah” Tuhan selalu jaga kami. I love you, Glenn Fredly. Hari ini pas 40 hari pasca lahiran.
Semesta menjagamu
Pada 4 hari yang lalu, Glen turut meraikan ulang tahun kelahiran isterinya di Sumba Timur, Indonesia. Video pendek sempena ulang tahun isterinya itu turut dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Semesta menjagamu dan kita bersama selalu. Kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia. Tetapi isteri yang takut akan Tuhan dipuji-puji.
Sumber: Mutia Ayu via Ohbulan.com
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget