Nabila Razali Jawab Kenapa ‘Unfollow’ Semua Rakan Di Instagram

Selepas reda dengan isu nyanyian ‘terkucil’ sehingga teruk di hentam netizen, nama penyanyi Nabila Razali sekali lagi menjadi perhatian orang ramai gara-gara laman Instagramnya didapati tidak lagi mengikuti mana-mana kenalan .

Enggan perkara itu diperbesarkan, Nabila menjelaskan ini semua adalah fasa permulaan yang baru kepadanya .

“Bila insiden hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.

“Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting,” kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella kepada portal gempak.

Menurut Nabila, terdapat juga rakan yang menyedari perkara tersebut namun Bella memilih untuk merehatkan fikiran buat seketika

“Ada juga yang perasan dan bertanya pada saya kenapa saya ‘unfollow’ mereka sejak seminggu yang lalu tapi apa yang saya mahukan sekarang, saya nak kosongkan minda dan hanya fikirkan benda-benda positif sahaja. 
 
“Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya cuma sekarang janganlah diperbesarkan,” jelas Bella lagi


 



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post