Sebagai seorang pengguna jalanraya tidak kiralah samaada anda seorang pemandu mahupun penunggang motorsikal, pasti anda pernah berdepan dengan situasi dimana sistem traffic light seolah tidak mempedulikan kehadiran anda dan hanya membenarkan pengguna dilaluan lain untuk bergerak.
Masalah ini atau dalam bahasa mudahnya, lampu di laluan anda sentiasa merah sedangkan kenderaan dari aluan lain sudah berkali-kali bertukar warna kerap kali dihadapi terumata ketika lewat malam atau sewaktu kurangnya kehadiran kenderaan di jalanraya.
Situasi ini terjadi disebabkan giliran anda sebenarnya telah di ‘langkau’ oleh sistem traffic light tersebut. Nak tahu bagaimana perkara ini terjadi? Ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter, Afik yang merupakan seorang juruteknik mengenai perkara tersebut di bawah :
Menurut Afiq, lampu isyarat sebenarnya akan mengesan kehadiran kenderaan menerusi satu alat pengesan yang di beri nama loop sensor. Loop sensor ini kemudiannya akan menghantar satu isyarat kepada lampu isyarat untuk menukar warnanya .
Jadi sekiranya tiada kenderaan di laluan tersebut, loop sensor akan memendek tempoh lampu hijau di laluan tersebut dan menghantar isyarat kepada lampu menandankan tiada kenderaan disana.
Dimana kedudukan loop sensor?
Loop sensor kebiasaannya terletak di dalam satu kotak yang berada sebelum stop line (garisan lampu isyarat)
Namun sekiranya loop sensor yang terbina daripada kabel dan berada di bawah turapan tar rosak, lampu isyarat hanya akan berwarna hijau untuk tempoh 10 saat sahaja. Akibatnya hanya beberapa buah kenderaan yang berjaya melepasinya betul?
Bercerita lebih lanjut Afiq menjelaskan loop sensor mengesan kenderaan melalui gelombang dan bukan melalui berat seperti yang digambarkan orang ramai sebelum ini.
Cara tangani masalah ini?
Jadi bagi mengelakkan anda dari menghadapi masalah yang sama lagi, caranya adalah dengan memastikan anda lalu di atas ‘kotak tersebut’ atau lebih baik pastikan tayar kenderaan anda berada di atas kotak tersebut.
Bantu laporkan jika traffic light rosak
Dalam pada itu dia turut mengingatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa seperti PBT dan JKR sekiranya lampu isyara rosak atau tidak berfungsi. Ianya boleh dikesan seperti ketiadaan lampu pada traffic light atau ia hanya berkelip pada warna kuning.
via BuzzKini